“Sanggup Sebut Bubur Ayam Untuk Anak,”- ‘Lesen Besar’ Yana Samsudin Sebab…

Share

Pelakon Yana Samsudin atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin telah berkongsi sekeping gambar dia bersama anaknya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi gambar tersebut, pelakon Wawa Semput itu telah berkongsi sedikit pengalaman ketika dia membeli makanan untuk anaknya di bulan ramadan.

“Tahu tak perasaan jam jam gini kalau kita kat luar tetiba anak minta air! Hahaha !

“Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.. .

“Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak.kahkah.. .

“Agaknya kisah ke si pengambik order tu? Hahaha . .

“Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan?

“So kesimpulan nya . Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee.

“Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .

“Korang pulak macam mana? Ada tak orang usha pelikkkk je bila beli makanan siang hari bulan puasa? .

“Korang jangan ngade ngade kirim makanan kat yana pulak eaaaaa .. mentang mentang yana ada lesen beso.. hahaaha”tulisnya.

Kongsi Yana, dia dulu mempunyai perasaan segan untuk membeli makanan untuk anaknya ketika bulan ramadan.

Namun, pelakon yang berusia 34 tahun itu menasihati kepada peminatnya untuk jangan berasa sedemikian demi kebaikan anak-anak.

Foto : Instagram Yana Samsudin

Published by
Nazar Rafiqhi