Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin menitipkan ucapan buat pasangan anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
Genap menjangkau usia 26 tahun, Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Zainuddin berkongsi titipan buat anak istimewanya itu menerusi hantaran terkini di Instagram.
Menerusi posting sama, Zarina menyifatkan mereka sebagai anak yang taat, rajin berkerja dan tidak boros berbelanja.
Apa yang menarik, pelakon berusia 51 tahun ini turut berseloroh soal jodoh buat anaknya.
“Happy birthday my Azal, Azil 26 years old now. Dah boleh jawin boss sorang ni. Siapa nak kawin dengan Azal angkat tangan.
“Azal anak yang taat dan rajin bekerja, tak membazir duit dan masa. Moto hidup Azal, dont waste my time.
“Malam ni nak dinner kat mana yea semperna birthday Azal,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 26, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin