Pelakon Sarah Hildebrand akui rindu untuk bertemu dengan bapanya yang kini berada di Amerika Syarikat.
Malah, pemilik nama penuh Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berharap agar wabak pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar urusan perjalanannya untuk bertemu bapa selepas ini dipermudahkan.
“Aku sepatutnya memeluk lebih erat dan lebih lama lagi ketika kali terakhir aku bertemu ayah. Ya Allah, tolong benarkan aku bertemu ayah sekali lagi, dalam masa terdekat.
“Ya Allah, murahkan rezekiku untuk ke Amerika agar aku boleh bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya sekali lagi.
“Saya amat merinduinya, tolong berikan dia kesihatan dan jauhkan dirinya daripada segala keburukan,” tulisnya sambil disertakan foto bersama bapanya.
Sarah,30, turut mendoakan agar urusannya untuk bertemu bapa dipermudahkan kelak.
“Ya Allah, murahkan rezeki kerja, agar aku mampu hidup selesa tanpa hutang dan belanja pulang ke rumah bertemu ayah.
“Tolong pulihkan dunia daripada wabak penyakit dan mudahkan urusan untuk merentas ke luar negara agar saya dapat pergi berjumpa ayah dalam masa terdekat,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar impiannya untuk pulang bertemu bapanya yang menetap di Amerika Syarikat tercapai.
Menerusi ruangan komen,rata-rata mendoakan agar urusan kedua beranak ini dipermudahkan.
Difahamkan, ibu bapa Sarah dikatakan berpisah sejak usianya 8 tahun.
Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga dengam lelaki kacukan Filipina-Amerika pada 3 November 2019.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI