Pelakon Sarah Hildebrand akui rindu untuk bertemu dengan bapanya yang kini berada di Amerika Syarikat.
Malah, pemilik nama penuh Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berharap agar wabak pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar urusan perjalanannya untuk bertemu bapa selepas ini dipermudahkan.
“Aku sepatutnya memeluk lebih erat dan lebih lama lagi ketika kali terakhir aku bertemu ayah. Ya Allah, tolong benarkan aku bertemu ayah sekali lagi, dalam masa terdekat.
“Ya Allah, murahkan rezekiku untuk ke Amerika agar aku boleh bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya sekali lagi.
“Saya amat merinduinya, tolong berikan dia kesihatan dan jauhkan dirinya daripada segala keburukan,” tulisnya sambil disertakan foto bersama bapanya.
Sarah,30, turut mendoakan agar urusannya untuk bertemu bapa dipermudahkan kelak.
“Ya Allah, murahkan rezeki kerja, agar aku mampu hidup selesa tanpa hutang dan belanja pulang ke rumah bertemu ayah.
IKLAN
“Tolong pulihkan dunia daripada wabak penyakit dan mudahkan urusan untuk merentas ke luar negara agar saya dapat pergi berjumpa ayah dalam masa terdekat,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar impiannya untuk pulang bertemu bapanya yang menetap di Amerika Syarikat tercapai.
Menerusi ruangan komen,rata-rata mendoakan agar urusan kedua beranak ini dipermudahkan.
IKLAN
Difahamkan, ibu bapa Sarah dikatakan berpisah sejak usianya 8 tahun.
Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga dengam lelaki kacukan Filipina-Amerika pada 3 November 2019.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Jue Aziz meluahkan rasa syukur setelah berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebagai hadiah istimewa bersempena dengan hari lahir ibunya yang ke-69 tahun.
Jelas Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, dia telah menyempurnakan hampir kesemua permintaan ibunya itu melainkan mengenai urusan jodoh.
Katanya lagi, dia tidak kisah seandainya dirinya masih lagi tidak dipertemukan jodoh kerana menyifatkan dia mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk meluangkan lebih banyak waktu bersama ibunyanya.
“Mom birthday surprise. Alhamdulillah, finally khatam Al-Quran. Syukur, satu je permintaan mak yang orang tak dapat nak tunaikan. Jodoh!
“Tahu mak risau. Susah sakit apa semua. Orang sorang-sorang pun takpe asalkan ada mak.
“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Illahi. Sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan yang terkahir.
“Doakan ye mak Jue diberikan kesihatan dan kuatkan semangatnya. Happy birthday mak. 20 hari bulan/ 30 juzuk. Hadiah istimewa bersempena Ramadan buat ibu yang tersayang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon filem Hantu Bonceng itu menerusi entri terkini di laman Instagram. miliknya.
Dikesempatan itu juga, Jue turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga ibunya itu sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat ibu kepada Jue.
Sumber: Instagram Jue Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan dia tidak pernah meletakkan soal populariti sebagai keutamaan, lebih-lebih lagi ketika industri seni tanah kini dipenuhi dengan bakat baru.
Jelas Syafiq, buat masa ini dia hanya mahu fokus terhadap pembangunan kerjayanya dan pada masa sama dia amat mengalu-alukan kehadiran bintang-bintang pelapis.
“Saya rasa kerjaya saya biasa-biasa sahaja dari dulu sampai sekarang. Pengenai soal jatuh bangun itu ia bergantung kepada penerimaan masing-masing.
“Saya tetap melakukan tugas saya sebaik mungkin. Mengenai pendatang baru, ebanyakan daripada mereka hebat belaka, juga berkualiti. Saya tak nafikan pendatang baru ketika ini memang ramai. Saya mengalu-alukan kedatangan mereka.
“Saya juga mengharapkan sebuah persaingan yang sihat dan kita semua dapat memberikan lebih banyak buah fikiran sebagai bahan rujukan,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran program Hero Remaja 2011/12 itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media drama terbaru lakoannya, Suara Hati yang berlangsung secara vurtual pada Rabu.
Dalam pada itu, Syafiq turut berharap agar mereka dapat memanfaatkan segala peluang dan ruang untuk menimba ilmu setiap kali bertemu dengan pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman.
“Pada masa sama, mereja juga perlu menjadikan artis berpengalaman ini sebagai tempat rujukan mereka. Kita juga boleh belajar sesuatu daripada mereka. Yang penting kita kena beri tunjuk ajar terutamanya menerusi mutu lakonan kita.
“Walaupun zaman kegemilangan seseorang itu dah berakhir, tak bermakna karier mereka juga berakhir. Mereka sebenarnya ada tugas untuk memberi pengajaran buat para pendatang baru ini sama ada dari segi disiplin, sikap dan juga ilmu lakonan,” jelasnya lagi.
Percayakan rezeki, Syafiq turut mendedahkan dirinya bersyukur dengan segala nikmat yang telah dilimpahkan kepadanya selama ini.
“Bagi saya soal populariti ini pula, itu semua hanyalah bonus. Saya tak pernah menaikkan atau merendahkan diri saya. Saya percaya kepada rezeki.
“Selagi saya ada peluang untuk memilih pekerjaan dan watak yang saya bawakan, selagi itu saya akan buat dengan baik. Saya dahagakan untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Saya nak bergandingan dengan lebih ramai pelakon yang berbakat besar. Pada waktu ini, saya dah tak terlalu memikirkan mengenai soal populariti atau zaman kegemilangan.
“Sebaliknya saya mahu memberi fokus terhadap karya-karya serta produk yang akan saya keluarkan setiap kali muncul di kaca televisyen ataupun layar perak.
“Peranan dan fungsi saya sebagai salah seorang ahli industri lagi penting daripada memikirkan mengenai apa yang saya ada atau tiada. Kita kena terima hakikat setiap yang datang pasti akan pergi juga,” katanya.
Dalam pada itu, drama Suara Hati bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105).
Malah, ia juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Selain Syafiq, drama ini turut dibintangi pelakon lain seperti Hanna Aqeela, Aidil Aziz, Fazlina Ahmad Daud dan YM Dato’ Sri Rezza Shah.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Salwa Abdul Rahman menitipkan kesyukuran apabila anak bongsunya, Putera Sufrie Nizam kini diilantik sebagai Pengarah Urusan Perusahaan Subar Sdn Berhad menggantikan suaminya, Subadron Abdul Aziz.
Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Satu Dua Kau itu, sudah sampai masanya untuk si anak mengambil alih syarikat dan belajar selok belok perniagaan supaya suaminya dapat berehat.
“So Sweet! Dua Beranak Nih!! Usahakan Syarikat Papa Agar Lebih Sukses! Anakku!
“Sampai Masanya Azam Belajar & Ambil Alih Syarikat! Papa !! Bagi Papa Berehat Ok!” kongsinya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan tidak kurang juga ada yang menyatakan situasi itu seperti yang selalu ditonton dalam drama Melayu di kaca televisyen.
Pasangan itu selama 27 tahun sejak 1991 dan hubungan mereka diperkukuhkan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Puteri Sulaikha, 22, dan Putera Sufrie, 19.
Foto : Instagram Salwa Abdul Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Salma Acis terkilan apabila lagunya yang berjudul Atas Nama Cinta telah dibatalkan untuk menjadi lagu runut bunyi bagi sebuah drama terbitan stesen tv swasta.