Pelakon dan hos, Sarah Hildebrand mengumumkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, pada 3 November ini, lapor Harian Metro.
Bintang berusia 29 tahun itu seperti yang dipetik menjelaskan, majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di masjid berhampiran kediaman keluarganya di Lembah Keramat.
Pasangan sama cantik sama padan itu sepakat untuk berkahwin selepas berkawan rapat selama lapan bulan.
“Sebenarnya, saya dan Otto kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu.
“Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini.
“Namun, kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir,” katanya.
Pada masa sama, bintang Pujaan Hati Kanda itu mengambil pendirian untuk tidak mendedahkan hubungan yang terjalin bersama Otto sebelum ini kerana bimbang kisah pahit berulang.
“Banyak yang saya belajar selepas putus cinta sebelum ini.
“Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya pastikan perancangan untuk berkahwin berjalan lancar dulu barulah berkongsi berita baik ini dengan semua.
“Selain itu, banyak dokumen berkaitan urusan pernikahan yang perlu diuruskan kerana saya bakal berkahwin menggunakan wali hakim nanti,” tambah Sarah lagi.
Terdahulu, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara, Nabil Mahir.
Bagaimanapun, hubungan mereka akhirnya terlerai awal tahun ini selepas lima tahun menjalin hubungan.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI