Sarah Rupanya Pernah Menangis Kerana Tak Dapat Isi Masa Dengan Anak-Anak – “Minta Maaf Kalau Selama Ini Ibu Sibuk Dengan Kerja.”

Share

Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin mengakui ada kalanya berasa sedih kerana tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama anaknya.

Jelas Sarah, perkara ini sering terjadi oleh kerana dirinya terlalu sibuk dengan tugas kerjayanya sebagai seorang anak seni serta usahawan yang berjaya.

Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan ini tetap mencari masa untuk meluangkan masa bersama anaknya agar mereka tidak berasa berjauhan dan tersisih dengannya.

“Tanpa ibu dan ayah takkan kemana lah kita, kejayaan seseorang itu adalah berkat doa dari mereka. Ingat, hanya kasih sayang dan doa yang dipinta. Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi olehNya.

“Macam mana Sarah busy dengan kerjaya dan bisnes, Sarah akan tetap cuba curi masa untuk habiskan waktu dengan anak-anak sebab tak nak mereka rasa jauh dengan ibu.

“Ada satu hari tu Sarah menangis bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak. Habis kerja lewat malam, balik je anak-anak dah tidur.

“Tapi inilah orang cakap pengorbanan untuk pastikan anak-anak Sarah hidup selesa di masa depan.

“Ibu minta maaf kalau selama ini ibu sibuk dengan kerja. Insha-Allah ibu akan cuba curi masa yang ada untuk bersama kalian semua. Ibu sayang anak-anak ibu,” tulisnya panjang lebar.

Sekadar informasi, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Foto: Instagram Siti Sarah

Published by
Nazar Rafiqhi