Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pada pagi Jumaat.
Tepat jam 8.29 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.
Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Sarah, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.
Ads
Dalam majlis berlatar belakangkan kehijauan dan keindahan pagi itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.
Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.
Ads
Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.
Ads
Sebelum ini, penyanyi lagu Sah tidak pernah mendedahkan mengenai hubungan istimewanya kepada umum.
Difahamkan pasangan ini telah bertunang pada tahun lepas.
Kedua-dua mereka dikhabarkan mula berkenalan pada 2020 dan mempunyai minat yang sama iaitu sukan berkuda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan isterinya, Anis Sofea, 21, belum lagi hamil sekaligus menepis dakwaan sesetengah netizen.
Haqiem, 26, bagaimanpun meminta agar mendoakan yang baik-baik.
“Belum, masih menunggu rezeki (Anis hamil). Dalam tempoh setahun dia ini, apa yang boleh saya cakap kami masing-masing dalam proses memperbaiki diri.
“Maksudnya, cuba untuk menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik. Faham tanggungjawab dan sebagainya, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Haqiem tidak menolak rezeki sekiranya mereka dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
“Apapun, kami tidak menolak kalau ada (rezeki zuriat). Tidaklah merancang, saya dan isteri terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang bakal muncul dengan jenama persalinan Baju Melayu, Sulam Benang ini berkata demikian pada Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection, di Kuantan City Mall, pada Sabtu.
Selain Haqiem, antara barisan penyanyi yang turut terlibat dalam siri jelajah berkenaan ialah Floor 88, Amir Masdi, Syamel, Ernie Zakri, Ramlah Ram dan ramai lagi.
Terdahulu, ada peminat sebelum ini mendakwa Anis berbadan dua selepas figuranya yang seolah-olah menampakkkan ‘baby bump’ menjadi tular.
Pelakon, Nur Fazura menzahirkan rasa terharu selepas Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mengenakan tudung keluaran jenamanya sewaktu berangkat ke majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Rabu.
Menurut Fazura, dia sememangnya amat berbesar hati diatas tanda sokongan tersebut selain turut menyifatkan Tengku Permaisuri Selangor kelihatan amat cantik dan menawan sewaktu menggayakan tudung tersebut.
Malah, isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini turut memuji sikap merendah diri Tunku Permaisuri Norashikin yang dilihat selesa mengenakan tudung yang dijual dengan harga kurang daripada RM30 setiap satu itu.
“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.
“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30,” tulisnya.
Rasa terharu itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menee sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Fazura turut dilihat merakamkan ucapan penghargaannya selain turut menitipkan doa semoga Tunku Permaisuri Norashikin setiasa berada didalam rahmat Allah SWT.
“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.
“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut tumpang gembira malah, mereka juga turut berharap agar jenama tudung keluaran Fazura akan bertambah sukses pada masa akan datang.
“Wow, such an honour.
“Sungguh rupawan permaisuri negeri saya.
“Baca Kak Faz punya ayat dah boleh terngiang-ngiang cara dia bercakap. Love Kak Faz.
“MasyaAllah, bertuah sungguh Fazura dapat penghargaan dari Tuanku Permaisuri. Kelihatan sangat jelita dan eksklusif. Alhamdulillah dan syabas,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Sekadar informasi, Fazura telah melancarkan jenama tudung keluaranya sendiri pada Julai lalu.
Malah, pada bulan Ogos, tudung keluaran Fazura yang berharga RM27 telah berjaya dijual sebanyak 80,000 helai dalam masa kurang daripada dua jam.
Sumber: Instagram Nur Fazura & Selangor Royal Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 baru-baru ini.
Sambil mendedahkan berita gembira itu menerusi saluran YouTube, Wuvv Show, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 28, menjelaskan dia memilih tarikh tersebut selepas berbincang dan mendapat persetujuan dari keluarga kedua-dua belah pihak.
Malah, tarikh tersebut juga mudah untuk diingati.
Sehubungan dengan itu, penyanyi Mata ini turut berkongsi mengenai perjalanan majlis raja seharinya itu nanti, setakat ini.
“Hasil perbincangan, saya dan Nabil akan disatukan pada 1 Januari 2021. Majlis nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.
“Semuanya bakal mengikut prosedur operasi standard (SOP). Semoga ia berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan, insya-Allah,” kata Ayda.
Tambah Ayda yang bertunang dengan Nabil pada 28 April lalu itu lagi, persiapan perkahwinan juga sedang rancak berjalan.
“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan, sudah melebihi 50 peratus.
“Sekali lagi, saya memohon doa semua pihak agar majlis kami berjalan seperti yang sudah dirancang, insya-Allah,” kata Ayda.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube.
“Video ini saya dan Nabil buat khas untuk peminat, terutamanya AJ Screamers yang dah lama tak berjumpa dengan kami kerana kekangan pandemik.
“Mereka juga ingin tahu perkembangan kami, jadi video ini saya umpamakan hadiah untuk mereka yang selama ini tidak pernah lelah menyokong,” katanya lagi.
Merpati dua sejoli ini berkongsi perjalanan cinta mereka menerusi video #BilAydaJatuhCinta yang bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!