“Sarat Emosi Duka Lara Yang Dialami Saya,” – Vida Cerita Di Balik Proses Buat Lagu, Shooting 5 Hari Untuk MV Bernilai RM400,000

Share

Selepas melancarkan single dan muzik video (MV) lagu terbaharunya, Ku Ikhlaskan pada jam 3.00 pagi semalam, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida bersyukur kerana ramai memberikan reaksi baik terhadap naskhah berkenaan.

Menurut Vida, meski dia bukan penyanyi profesional namun dia berusaha untuk terus mencuba sesuatu yang baru.

“Terima Kasih kepada yang sudah menonton music video Ku Ikhlaskan. Alhamdulillah ramai yang memberikan feedback positif. Terimalah seadanya.  Saya bukan penyanyi professional. Tapi saya seorang yang sentiasa ingin mencuba, mencari kelainan,” tulisnya di Instgram.

Sehingga kini, MV berkenaan sudah pun ditonton hampir sejuta tontonan.

Mengulas lanjut mengenai lagu ciptaan Amy Ukays dan Dato Seri Vida serta lirik oleh Dato Seri Vida sendiri, penyanyi lagu I Am Me ini berkata, Ku Ikhlaskan sebebarnya bukan sekadar luahan kisah peribadi.

“Lagu ini bukan sekadar kisah peribadi, tapi sarat dengan emosi duka lara yang dialami saya. Dalam lagu ini saya mahu menyampaikan keperitan, kehilangan, kecaman bertubi yang saya hadapi selama ini.

“Bayangkan selama ini sekecil perkara membabitkan diri saya diambil kira dan diperbesarkan hingga tular malah ada yang mencetuskan kontroversi. Pendek kata, sebesar hama pun diambil kira,” katanya.

Sama seperti lagu sebelumnya, lagu Ku Ikhlaskan yang diedarkan oleh syarikat rakaman 17 Eleven Music itu hadir dengan MV yang penuh warna, emosi, unik dan tentu saja eleman tular.

MV yang mendapat sentuhan pengarah Kel Wen itu menelan kos RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Vida menambah, pembikinan lagu dan MV itu juga adalah satu usaha dalam mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak miliknya.

“Lagu dan MV ini sebagai saham akhirat saya dalam menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah selain ingin menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Ditambah pula kita tidak lama lagi bakal menyambut bulan Ramadan, jadi saya kira ini peluang untuk kita menambah dan mendapatkan pahala berganda sekali gus diberkati Allah SWT.

“Selepas menghayati lagu dan menonton MV ini, besar harapan agar orang ramai, peminat dan sesiapa saja dapat menderma supaya tercapai segera hasrat saham ilmu dan amal kebajikan ini,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH