
Pelakon yang juga isteri kepada Jep Sepahtu, Sari Yanti ada berkongsi foto lima anaknya di Instagram yang sekaligus mencuri perhatian wargamaya.
Mengisi masa bersama suami dan anak-anak, Sari menerusi ruangan kapsyen berharap agar kesemua zuriatnya menjadi anak soleh dan solehah.
Malah dia turut mendoakan yang baik-baik kepada para wanita berkahwin yang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata.
“Robbi habli minassholihin. Semoga Barr Al Aliy , Baasit Al Haq, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kabaikan pada semua.
“Semoga kita semua Allah SWT rahmati, dalam redha dan kasih sayangNya selalu.
“Semoga yang belum punya zuriat dikurniakan zuriat yang soleh satu hari nanti,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang turut berkongsikan pengalaman serta berterima kasih atas doa yang dititipkan.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 60,000 tanda suka.
Malah, Jep dilihat turut memberikan respon di ruangan balas hantaran terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Semestinya Dengan Wang Ringgit, Tetapi…,” – Awal Ashaari Turun Padang Agih Rezeki

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari teruja apabila terbabit sama menjayakan program Ramadan Madani: Titipan Kasih anjuran Buletin FM dan Usanita Sdn Bhd di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada acara itu, Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, mengagihkan lebih 1,200 bakul makanan dan juadah berbuka puasa kepada golongan miskin bandar dan penduduk sekitar.
Kata Awal, peluang menjayakan program kebajikan pada Ramadan sebagai sesuatu yang berharga
“Alhamdulillah saya mencuba. Mungkin sebelum ini peluang untuk terlibat dalam projek kebajikan itu agak terbatas dengan komitmen kerja dan sebagainya.
“Jadi bila Ramadan tiba alhamdulillah kesempatan itu ada kerana inilah peluang yang direbut dan yang terbaik baik untuk kita tambahkan amal dan pahala. Kerja juga tak banyak ketika ini.
“Jadi saya melihat inilah masa yang betul untuk kita berikan tumpuan pada hal melibatkan kebajikan. Bukan nak kata bulan lain tak ada, tapi kita lihat lebih banyak pihak yang ambil kebaikan di bulan Ramadan untuk melakukan kebaikan, insyaAllah,” katanya.
Sementara itu, barangan keperluan dan makanan yang diagihkan adalah hasil sumbangan Buletin FM dengan kerjasama Usanita Sdn Bhd dan Parlimen Titiwangsa.
Bapa kepada dua cahaya mata yang juga suami kepada selebriti Scha Alyahya ini akui acara berkenaan sangat dekat di hatinya.
“Ia dekat dengan saya yang memang berasal dari Kampung Baru. Sebab itulah bila pihak Usanita jemput kita untuk sama-sama terlibat dalam projek agihan ini, saya terus terima.
“Apatah lagi ini satu inisiatif yang bagus untuk kami selebriti untuk sama-sama turun padang untuk berkongsi rezeki. Tak semestinya dengan wang ringgit, tetapi juga mengeluarkan tenaga bagi meringankan proses agihan ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Awal turut dilantik sebagai rakan strategik Usanita Sdn Bhd yang berfungsi menaikkan lagi taraf kehidupan golongan B40 dan M40.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan, pula menjelaskan, sejumlah 220 bakul makanan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, susu, garam dan gula disumbangkan syarikat dan Parlimen Titiwangsa kepada golongan miskin bandar.
Selain itu, Adzliana berkata, sebanyak 1,000 pek makanan berbuka puasa diagihkan kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.
“Kita pilih Kampung Baru kerana fokus kita untuk membantu golongan miskin bandar dan asnaf sempena Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.
“Selain program hari ini (kelmarin), kita akan memperluaskan sumbangan kepada golongan mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, pada Sabtu.
“Semoga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat meringankan beban ditanggung golongan memerlukan dan kita dapat berkongsi rezeki,” katanya.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Program sumbangan yang bermula selepas solat Asar dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Zoey Rahman, termasuk penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir dan Marsila Hassan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Balik Tengok Rumah Yang…,” – Baby Shima Rancang Ke Indonesia 1 Minggu Lepas Raya

Penyanyi Baby Shima tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila sudah dapat beraya sakan selepas dua tahun tidak dapat menyambut Syawal.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, berkata dia mengambil cuti selama seminggu bagi meluangkan masa berhari raya di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor sebelum terbang ke Indonesia selepas itu.
“Kerja memang banyak tapi mahu atau tidak, tetap kena cuti memandangkan sudah dua tahun tak dapat beraya bersama keluarga.
“Insya-Allah selepas seminggu beraya di sini, saya akan terbang ke Indonesia. Untuk balik dan tengok rumah yang ditinggalkan di sana selama dua tahun sejak pandemik melanda,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam perkembangan lain, Shima turut mengeluarkan single raya berjudul Pulang yang diharap dapat memenuhi citarasa pendengar muzik tempatan.
“Anda kena dengar lagu raya saya. Memang best. Saya yakin anda akan komen lagu yang paling terbaik adalah lagu Pulang. Lagu saya paling best.
“Saya yakin bila anda dengar pasti apabila jalan akan terngiang-ngiang, ternyanyi-nyanyi lagu ini,” katanya.
Pulang ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Dah Umur 9 Bulan Baru Sempat Buat,” – Betty Rahmad & Suami Sempurnakan Majlis Akikah Anak, Ardy Wira

Pelakon yang juga adik kepada Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida, Betty Rahmad telah selamat menganjurkan majlis akikah serta kesyukuran buat permata hatinya, Ardy Wira Ardy Shafiq, pada Ahad.
Sambil merakamkan ucapan terima kasih buat tetamu yang hadir serta semua pihak terlibat menjayakan majlis, Betty turut memaklumkan majlis akikah hanya sempat dilakukan ketika usia anaknya mencecah sembilan bulan.
“Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat. Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati!
“Majlis Aqiqah & Kesyukuran @ardywira_ 10/11/2019. Nanti dah besar kamu boleh tengok balik perangai kamu menari-nari macam ulat masa orang tengah marhaban. Thank you semua yang datang & thank you semua yang buat majlis saya best!
“Sebelum korang tanya i tag siap-siap nanti siapa nak buat apa-apa majlis boleh cari dorang ok. Dijamin service terbaik & food sedap,” katanya pada salah satu entri sejurus disertakan dengan kredit.
View this post on InstagramA post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
View this post on InstagramPengantin lama 👰 . Outfit @mimpi_kita Make up @the.ddeanny Pelamin @weddingsbyemma #ardywiraaqiqah
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
View this post on InstagramA post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Betty dan suaminya, Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Ardy Wira menjadi perhatian wargamaya apabila riak wajah comelnya yang tak pernah lekang dengan senyuman.
Malah akaun Instagramnya juga sudah pun mempunyai kira-kira 160,000 pengikut.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI