“Satu Jam Nangis Minta Maaf Dengan…,” – Nonny Nadirah Pernah Hindar Diri Dari Keluarga, Cari Kekuatan

Share

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29, pada 21 Julai lalu.

Menerusi entri terkini di akaun Instagram milik Nonny, wanita ini meluahkan rasa sayu bersama peminatnya.

Kongsi bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, dia akui pernah menghindarkan diri daripada berhubung bersama ahli keluarga dan rakan-rakan seketika waktu dulu.

Menurut Nonny, insiden itu berlaku kerana dia mahu mencari kekuatan dan memberi ruang terhadap dirinya.

Lalu, Nonny sempat memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Happy belated b’day to me. Never lie to ur mom, she always finds out. I’m sorry. I love you ma.

#timewillhealeverything,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut memberikan kata-kata doa dan semangat kepada Nonny untuk sentiasa cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

Untuk rekod, Nonny telah dilahirkan pada 20 Julai 1989 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima.

Terdahulu, Nonny telah pun berpisah dengan bekas suami, Mustain.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Foto : Instagram Nonny Nadirah

Published by
Nazar Rafiqhi