Pelakon, Jue Aziz meluahkan rasa syukur setelah berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebagai hadiah istimewa bersempena dengan hari lahir ibunya yang ke-69 tahun.
Jelas Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, dia telah menyempurnakan hampir kesemua permintaan ibunya itu melainkan mengenai urusan jodoh.
Katanya lagi, dia tidak kisah seandainya dirinya masih lagi tidak dipertemukan jodoh kerana menyifatkan dia mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk meluangkan lebih banyak waktu bersama ibunyanya.
“Mom birthday surprise. Alhamdulillah, finally khatam Al-Quran. Syukur, satu je permintaan mak yang orang tak dapat nak tunaikan. Jodoh!
“Tahu mak risau. Susah sakit apa semua. Orang sorang-sorang pun takpe asalkan ada mak.
“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Illahi. Sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan yang terkahir.
“Doakan ye mak Jue diberikan kesihatan dan kuatkan semangatnya. Happy birthday mak. 20 hari bulan/ 30 juzuk. Hadiah istimewa bersempena Ramadan buat ibu yang tersayang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon filem Hantu Bonceng itu menerusi entri terkini di laman Instagram. miliknya.
Dikesempatan itu juga, Jue turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga ibunya itu sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat ibu kepada Jue.
Sumber: Instagram Jue Aziz