“Satu Je Silap Faz Tak Cakap Balik,” – Arwah Ibu Bandingkan Fazren Rafi Dengan Arwah Abam

Share

Pelakon Fazren Rafi berkongsi kata-kata yang masih terngiang di telinga apabila arwah ibu samakan dirinya seperti arwah Abam.

Jelas Fazren, pada mulanya dia tidak memahami apa maksud yang tersirat cuba disampaikan, namun apabila si ibu menjelaskan kasih sayang yang ditunjukkan Fazren serupa seperti arwah Abam, dia mengakui rasa puas dan bangga apabila mendapat pengiktirafan sebegitu daripada ibu.

“Mama tgk adik nie sama mcm abam.. eh dah knp mama samakan faz dgn abam.. lepas chemo kt sjmc faz bawak mama faz pergi makan kt restoran jaring.

“Masa turun dr kereta faz papah mama dpn dominos pizza nk masuk restoran dia keluar tue ayat ‘adik nie mcm abam’.. faz senyum je x berapa faham masa tue abam baru meninggal dlm seminggu lebih.

“Dah settle mkn semua dlm kereta dia sambung lg.. mama tgk interview abam mcmana abam syg sgt mak dia so dia terbayang abam tue faz.. sejuk hati faz dengar hidung pun kembang semangkuk ini antara ayat yg faz xkn lupa sampai bila2 alhamdullillah sgt2 dpt dgr dr mulut mama.

“Rasa puas, rasa bangga, rasa riak pun ada, tp satu je silap faz x ckp balik mama pun anugerahterbaik dlm hidup faz walau faz x bgtahu mama harap sgt mama dpt rasa dr perbuatan faz insyaaAllah.. faz rasa seronok dpt serve mama sepanjang mama sakit.

“Rezeki dr Allah bg kt faz yg mana x ramai yg dpt, rezeki bersedia bakal hidup tanpa mama.. pelung yg diberi faz dah gunakan sehabis baik semoga mama dan abam tenang disana.. al fatehah,” kongsinya.

Ibu pelakon ini meninggal dunia pada hari raya kelima Aidilfitri akibat kanser usus tahap empat.

Foto : Instagram Fazren Rafi

Published by
Noraini Abd Wahab