Sepasang suami isteri telah menarik perhatian orang ramai  kerana memilih untuk tinggal di dalam hutan.

Menurut Ahmad Ridzuan Yaacob, 26, dan isterinya Nor Hidayah Sahazan, 23, mereka terpaksa tinggal di hutan itu  oleh kerana rumah bapa mertuanya di Kampung Baru, Mukim Tualak terlalu ramai ahli keluarga yang mendiami.

Mereka anak beranak sudah tinggal di hutan berhampiran Kuala Tualak, Kuala Nerang, Kedah itu selama setahun.

Tiga anak mereka Putera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhammad Naufal Fath, 18 bulan. Hidayah juga dijangka melahirkan anak keempat Januari nanti.

Ads

Dalam pada itu, terdapat punca air di situ di samping kawasan hutan mereka tinggal sekarang merupakan kawasan tanah yang dijaga oleh neneknya sebelum ini juga merupakan faktor mereka boleh tinggal di hutan itu.

Menurut Hidayah, hutan itu merupakan tempat suaminya mencari rezeki seperti menoreh getah, ambil upah menebas dan cari pucuk kayu untuk dijual.

Ads

Mereka juga tinggal di dalam pondok yang diperbuat dari batang kayu dan buluh yang diubahsuai menjadi empat tingkat bagi menjamin keselamatan.

Terdahulu, awal pembinaan tiang dan lantai hanya menggunakan kayu serta rotan sahaja.Manakala dinding dan bumbung pula guna kanvas.

Ads

“Pondok ini ada tandas, dapur, bilik dan ruang tamu. Suami juga akan bina sebuah lagi bilik bagi memudahkan saya melahirkan anak keempat Januari nanti,” katanya.

Kebanyakkan orang sukar untuk tinggal di sana oleh kerana jaraknya yang jauh kira-kira 1.5 Kilometer dari jalan besar dan jalan menghampiri kediaman mereka merupakan jalan yang licin.

Walaupun mereka diberi penempatan rumah PPRT di Kuala Nerang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim, namun  Ridzuan menolak dan memilih untuk menetap di dalam hutan sahaja.

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI