Pelakon, Farouk Hussain memberikan pandangannya mengenai pemakaian kasut sekolah daripada warna putih kepada hitam.

Farouk mempersoalkan sama ada pertukaran tersebut adalah jalan penyelesaian yang dicari oleh ibu bapa atau sebaliknya.

“Adakah ini satu keputusan yang bijak atau sebaliknya? Adakah tukar kasut putih ke hitam ada impak terhadap tahap pembelajaran murid-murid?

“Adakah juga ini satu keutamaan dalam sistem pendidikan? Ataupun disebabkan kasut hitam tak nampak kotorannya.

“Harap pak menteri boleh perjelaskan keberkesanannya,” tulisnya.

Ads

Tambah pelakon dan pelawak ini lagi, keputusan tersebut perlu dibuat untuk suatu hal yang kukuh.

“Pada saya implementasi disebabkan kehendak ibu bapa adalah kurang tepat. Ia harus ada kesan dan sebab yang kukuh.

“Jika disebabkan kasut putih cepat kotor, maka anak-anak harus disiplinkan diri untuk mencuci. This part of training tentang kebersihan.

“Juga ia melatih seseorang supaya bersikap tanggungjawab dari kecil lagi. Ini sebahagian daripada proses pembentukan akhlak dan disiplin,” jelasnya.

“Satu Keputusan Bijak Atau Sebaliknya?” – Komen Farouk Hussain Bila Murid Sekolah Pakai Kasut Hitam

Ads

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengeluarkan kenyataan bahawa sesi persekolahan tahun depan bakal menyaksikan pelajar sekolah akan memakai kasut berwarna hitam.

Ads

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira harapan ibu bapa terutamanya kaum ibu.

Foto: Instagram Farouk Hussain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI