Awal malam tadi, pelakon dan ushawan, Riz Amin ada berkongsi beberapa bahagian badannya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan.
Difahamkan, pelakon KL Meroyan itu terjatuh selepas motosikal yang dinaiki kemalangan gara-gara brek secara mengejut.
“Saja nak cerita haha Pengalaman pahit lama x naik moto dok pusing2 area sini satu keta dah masuk simpang tekejut kita pun tekejut break cousin kat belakang pun tekejutla.
“Apa lagi…alhamduliah kami ok cedera ckit ja #budakbarunakbelajaq tapi harini dah ok mata pun x bengkak camtu dah hahahah,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, peminat terusan mendoakan agar Riz cepat sembuh. Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Foto: Instagram Riz Amin