Pelawak, Mamat Sepah menyifatkan nikmat dan kesenangan yang dinikmati setiap manusia ketika ini, tidak akan pernah kekal lama.
Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, kita semua akan kembali kepada sang Pencipta dan ketika itu, segala harta dunia akan ditinggalkan.
“Hari ini dan ketika ini, kita berada di satu titik yang paling tinggi dan selesa. Satu ketika nanti, di titik inilah (kubur) kita akan berada,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh bekas juara Maharaja Lawak 2011 itu menerusi sebuah hantaran di Istagaram.
Menerusi hantaran sama, Mamat turut berkongsi foto pusara dan meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya.
Katanya lagi, segala amalan manusia akan dihitung dan kita tidak berdaya untuk berdolak dalih.
“Di saat itu, bersoal jawablah kita dengan Dia tentang apa yang pernah berlaku dan tentang sejarah yang pernah dicoret.
“Ketika itu, penafian tidak boleh digunapakai mahupun di jual beli.
“Al Fatihah utk abah. Lama kita tak bertemu,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini, Mamat muncul sebagai tetamu undangan di program Dol Podcast kendalian Shuib Sepah, Shuk Sahar dan Fizie Roslan.
Menerusi program tersebut, Mamat berkongsi perjalanan jatuh bangun ketika bersama kumpula lawak Sepah yang sebelum ini dianggotai Shuib dan Jep Sepah tu.
Kisah tersebut nyata menarik perhatian ramai yang merindukan telatah kumpulan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.