“Satu Lagi Baby Masih Ada..,” – Seorang Bayi Kembar Mungkin Keguguran, Datin Shahida Kini Dalam Pantauan

Share

Sedang berada di wad akibat pendarahan yang berlaku semalam, Datin Seri Shahida berkongsi kemungkinan salah seorang bayinya mengalami keguguran.

Menurutnya lagi, aktiviti harian yang terlalu sibuk dan tekanan menyebabkan pendarahan berlaku sehingga memberi kesan kepada bayi kembar yang sedang dikandung.

Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin dm dan whatspp saya…. terlalu byk saya x sempat nak balas.

“Saya mmg hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran.

“Mungkin saya sendiri yg terlalu aktif. campur mcm2 benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress… . satu lagi baby masih ada… Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan.

“Terima kasih pada semua yg mendoakan,” tulisnya.

Kami di MH turut mendoakan semoga keluarga ini diberi rahmat atas ujian yang menimpa.

Foto : Instagram Shahida

Published by
Noraini Abd Wahab