Pelakon, Fad Bocey menzahirkan rasa syukur selepas isterinya, Syaheera Rahman telah selamat melahirkan cahaya mata kelima pada pagi Khamis di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam menerusi sebuah hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah, pada jam 9.20 pagi tadi (Khamis), isteri saya, Syaheera Rahman selamat melahirkan bayi ke lima kami. Terima kasih untuk doa semua juga ya,” tulisnya.
Pada masa sama, Fad turut berterima kasih kepada pihak hospital kerana telah menjaga anak dan isterinya dengan baik.
Ads
“Terima kasih kerana menjaga isteri dan bayi saya. Nanti kami share gambar baby okay,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Syaheera turut sama meluahkan rasa syukur kerana urusannya untuk melahirkan cahaya mata kelima telah dipermudahkan.
Lantaran, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi sepanjang melalui proses bersalin.
Ads
“Alhamdulillah satu lagi perjuangan yang Allah mudahkan. Sorry mommy nak rehat dulu sebab tengah pusing kepala side effect muntah lepas naik bilik.
“Nanti kami go through semua dm and whatsapp tau terima kasih yang sentiasa doakan buat keluarga kami,” kongsinya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut medoakan Fad sekeluarga akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini sudah pun dikurniakan empat cahaya mata Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fad Bocey & Syaheera Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terkini pelakon Sari Yanti menarik perhatian ramai peminat.
Menerusi satu foto yang dirakam bersama rakan industri, Scha Alyahya, para peminat di ruangan komen bintang berkenaan mulai berteka-teki sama ada Sari kini sedang hamil anak kelimanya.
Rata-ratanya memuji penampilannya selain tak kurang yang menyentuh mengenai ‘baby bump’ yang seolah-olah jelas kelihatan di samping Scha yang kini sedang meniti hari bersalin anak kedua.