Pelawak, Shuib Sepahtu berkongsi video peraturan baru yang diamalkannya dan isteri, Siti Sarah kepada anak mereka sekiranya inginkan permainan baru.
Kisahnya, mereka harus menghafal surah untuk mendapatkan permainan baru.
“Peraturan baru,Satu mainan satu surah ?, #uwaisalqarni #persuibofhappyness #shuibchannel,” tulisnya.
Susulan itu, kelihatan ramai memuji cara didikan Shuib dan Siti Sarah itu, malah ada juga yang ingin mengikuti cara mereka kepada anak masing-masing.
Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tindakan Shuib dan Sarah yang merakam perkara itu, serta pemakaian anak mereka yang hanya ber’singlet’ saat membaca ayat suci Al-quran di dalam video tersebut.
Pada MH, apa yang Shuib dan Sarah lakukan itu bagus kerana bukan sahaja ia mengajar anak mereka untuk berusaha mendapatkan sesuatu malah mendekatkan mereka dengan Al-quran juga.
Terdahulu, Shuib dan Siti Sarah baru pulang daripada menunaikan umrah bersama pasangan Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan, baru-baru ini.
Foto/Instagram: Shuib Sepahtu