“Satu Malam Tak Boleh Tidur,”- Shila Amzah Sakit Dada Gara-Gara Alergi, Peminat Doa Bayi Dalam Kandungan

Share

Penyanyi Shila Amzah ditahan di sebuah hospital kerana alergi makanan Jepun.

Popular dengan lagu Patah Seribu, Shila telah berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

“Just found out that I’m allergic to Japanese food. Satu malam tak boleh tidur.. Nak kata heartburn dah 2 sachet gaviscon kita telan.. Sampai sakit dada.. Asthma attack pun bukan..

“Alhamdulillah jantung semua okay.. Cuma masih sempit dada nak nafas.. Sakit lagi.. Hopefully after few days, mkn ubat kat rumah.. Rest, I’ll be okay kot in sha Allah..thank you semua nurse ngan doctor tadi #babymelayu #taksukamakananjepun#exceptteppanyakikatsungeiwang,” tulis Shila. 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesihatan Shila dan bayi dalam kandungannya itu.

Selain itu, Shila juga ada berkongsi rasa sakitnya saat mengandungkan zuriat pertamanya itu.

“Beautiful saturdate ..Sha jalan sampai kaki sakit, pelvis sakit, my butt sakit,” tulisnya. 

Shila ketika ini sedang sarat hamil cahaya mata sulung hasil perkongsian dengan suami, Haris Idraki Elias yang telah mendirikan rumah tangga pada April 2018.

Foto : Intsagram Shila Amzah

Published by
Amynur Akmal