Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad menghargai kepercayaan yang diberikan oleh produser, Joel Soh kerana memilihnya untuk membintangi filem yang kini sedang mencetuskan fenomena, Polis Evo 3.
Menurut Sharnaaz, Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun sebelum ini namanya sering kali dilabel antara pelakon yang sukar memberikan kerjasama terhadap tenaga produksi.
View this post on Instagram
“Kepada Tuan Joel Sol, satu malaysia hentam aku, cakap yang aku panas baran, sangat susah kerja dengan aku, sebab aku panas dan suka mengamok di set kalau ada yang tak kena,” tulisnya:
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Sharnaaz turut berharap agar filem ini dapat terus mengejar sukses sepanjang tempoh tayangannya.
“Tetapi, dia tetap dengan pendirian dia nak aku juga dalam Polis Evo 3. Terima kasih yang teramat istimewa buat Joel. Love you big time brother. Road to RM50 juta,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyangkal dakwaan tersebut selain turut menyifatkan Sharnaaz sebagai antara pelakon tempatan yang berbakat besar.
“Love you mamu. Panas ke tidak, kita bukan tuhan nak menilai awak. Kita semua manusia. Awak ada pelakon kesukaan saya. Semoga terus sukses.
“Dah tengok Reza tadi. Love Reza. Terbaik G.
“Steady Mamu. Depan-depan memang sporting habis.
“Tiga tempat hari ini pergi ikut geng Polis Evo. Mana ada geng Polis Evo, di situ ada saya. Tak dapat selfie tapi alhamdulilah dapat tengok Mamu depan-depan. Thanks Mamu sempoi,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, filem Polis Evo 3 telah berjaya mencapai jumlah kutipan sebanyak RM45 juta.
Selain Sharnaaz, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Nora Danish.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI