“Satu Malaysia Tahu Tentang Perhubungan, Pertunangan Saya Dengan Jejaka Bernama ‘A’,” -Erra Fazira Throwback Kisah Lama. Profesionalnya Dia!

Share

Erra Fazira dikenali sebagai antara pelakon yang profesional di dalam memberikan reaksi terhadap apa sahaja kisah sensasi melibatkan dirinya.

Baik dari segi peribadi mahu pun percintaan, aktres dan penyanyi ini cukup relak dalam memberikan jawapan andai ditanya pihak media.

Terkini menerusi program Astro, Di Balik Idola beberapa minggu lalu, penyanyi Pasrah ini secara eksklusif berkongsi cerita mengenai pelbagai sisi, termasuk kisah throwback tunang dan kahwin yang kecundangan di pertengahan jalan.

Menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuanNya dan setiap perjalanan hidup itu suatu pengajaran dan pengalaman hidup yang berharga, Erra turut berkongsi kisah percintaan lebih enam tahun bersama Datuk Awie.

Keduanya pernah bertunang sekitar 1996. Bagaimanapun mereka mengambil keputusan untuk memutuskan kisah pertunangan dua tahun selepas itu.

“Seperti yang semua ketahui, rentetan perjalanan saya, pernah alami kegagalan dalam bertunang, gagal dalam perkahwinan.

“Tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran. Tidak ada yang negatif atau tidak elok dalam setiap perjalanan yang sudah diaturkan. Itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya,” katanya memberikan pandangan.

“Saya ingat lagi ketika pertunangan kecundang, pada usia 6 tahun perhubungan terjalin, rasa macam ‘collpase’. Rasa macam malu ada…sebab yelah satu Malaysia tahu tentang perhubungan, pertunangan saya dengan jejaka bernama ‘A’.

“Rasa macam tak nak keluar rumah, menangis sorang-sorang. Saya ingat lagi pada ketika itu saya duduk di jendela tingkap, pandangan pemandangan yang luas.

“Tiba-Tiba Datuk Yusof Haslam menghubungi…,” katanya panjang lebar.

Sementara itu, Erra turut memberitahu dia perlu kuat demi kerjaya dan keluarganya.

“Saya kena kuat, tidak boleh kencundang. Kalau saya kecundang, apa jadi pada kerjaya saya? Kalau jadi sesuatu pada kerjaya, apa yang akan jadi pada keluarga dan tanggungjawab saya.

“Ya sebagai manusia biasa kita akan jatuh, kecundang dan menangis dua tiga hari. Lepas tu, tutup buku apa seterusnya berlaku,” jelas Erra yang turut berkongsi mengenai kisah dua perkahwinannya yang lain.

Episod penuh mengenai kisah perjalanan seninya turut dikongsi menerusi saluran kaki sembang studios di YouTube.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Erra dan Datuk Awie, keduanya cukup profesional dan masih berkawan rapat sehingga kini selain turut terlibat di dalam beberapa projek seni.

Foto: Instagram Erra Fazira

Published by
Rafiq Mazlan