Berkongsi kajian ilmu di salah sebuah universiti awam menampilkan hasil karya miliknya berupa lirik Muda, Bunga dan Mambang, Altimet meluahkan keterujaan dan menyifatkan ia sebagai penghargaan yang sangat besar pada dirinya.
Malah, ulas komposer ini, nilainya lebih besar daripada piala atau anugerah yang diterima.
“Satu penghargaan yang sangat besar untuk saya secara peribadi. Nilainya lebih dari piala yang fizikal. Hati ada senyuuuummmmm.
“Terimalah kasih @shafiqahshuhada, Moga awak dapat apa yang awak impikan, InsyaAllah Amin. Sebab benda yang awak buat ni jauh lebih dari apa yang saya berani impikan untuk diri saya. Alhamdulillah, Allah Ya Rabb. #TukangTulis #GuaMambang,” kongsi rapper ini.
Malah menurutnya lagi, apa yang ditulis diekspresikan terus ke bait lirik dan tiada madah pujangga, namun mungkin perspektif penerimaan orang berbeza.
Altimet sebelum ini pernah menyatakan akan ‘bersara’ daripada membuat kemunculan di atas pentas namun tetap akan aktif menulis lirik.
Foto : Instagram Altimet