“Satu Perempuan Sudah Cukup…,” – Lelaki Sejati, Ini Pesan Bella Astillah

Share

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada berkongsi sekeping foto status Twitter yang ditulisnya menerusi Instagram.

Meski hanya ingin memberitahu mengenai satu-satunya akaun Twitter rasmi miliknya itu, namun status yang dibuat nyata menarik perhatian ramai pihak.

Sebelum sambutan Syawal lalu, umum mengetahui bahawa ibu kepada seorang cahaya mata ini telah pun berpisah dengan suami yang juga penyanyi, Aliff Aziz.

“Happy Saturday peeps. This is my only Twitter acc tau,” tulisnya pada entri yang statusnya berbunyi; “A real man knows that one woman is enough itu.

Lalu menerusi ruangan komen pula, para peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap entri berkenaan.

Foto: Instagram Bella Astillah

Published by
MH