Pelakon Zamarul Hisham meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan akibat serangan jantung yang dialami pada Februari lalu.
Menurut Zamarul, dia kini bergantung kepada ubat-ubatan dan perlu lebih berdisiplin dalam aspek pemakanan harian.
“Sebelum ini, saya makan apa sahaja yang saya suka. Kini saya perlu makan ubat setiap hari. Ketika bulan pertama, saya perlu habiskan tujuh jenis ubat tapi kini tinggal lima.
“Dari segi kesihatan, saya sudah beransur pulih. Namun, ketika tayangan filem tadi, mungkin saya tidak berpantang dan asyik makan pop corn. Tiba-tiba dada rasa tak selesa.
“Nasib baik ada standby ubat. Ubat ini memang perlu dibawa ke mana-mana,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Blood Brothers, baru-baru ini.
Semangat Baharu
Zamarul yang juga suami kepada pelakon Diana Rafar turut berkongsi, selepas menjalani pembedahan, dia merasakan tubuhnya bertenaga untuk kembali bekerja.
Ads
“Dari segi bekerja, saya tiada masalah. Saya kini diibaratkan mendapat jantung baharu kerana doktor telah membuka saluran darah baharu.
“Saya jalan laju atau naik tangga pun tak penat berbanding sebelum ini,” jelasnya.
Selain rawatan moden, Zamarul juga memaklumkan dia turut berikhtiar dengan perubatan tradisional bagi merawat saluran yang masih tersumbat.
Ads
“Saya memang ada perjumpaan susulan bersama doktor. Ketika pembedahan pertama, ia ambil masa lebih dua jam. Sepatutnya saya perlu masukkan dua sten.
“Tapi, doktor baru fokus pada satu saluran. Satu saluran, ada tiga tersumbat. Di sebelah kanan pula, doktor tidak galakkan kerana bimbang saya penat ketika itu.
“Saya perlu buat temu janji dalam masa sebulan. Sepatutnya sudah tiba masanya tapi dalam tempoh sebulan ini, saya amalkan ubat tradisional.
“Saya harap saluran itu akan terbuka sendiri tanpa perlu pembedahan,” katanya lagi.
Ads
Trauma Ketika Serangan Jantung
Mengimbau kembali detik cemas saat pertama kali diserang sakit jantung, Zamarul mengakui peristiwa itu amat menakutkan dan membuatkannya berfikir soal hidup dan mati.
“Ketika diserang sakit jantung, saya hilang semangat. Tertanya-tanya sempat ke aku bertaubat. Bukanlah nak kata saya ini jahat tapi banyak yang bermain di fikiran.
“Suasana di Hospital Port Dickson juga agak seram. Saya berdoa janganlah Kau ambil nyawa aku di sini dan aku mahu tengok anak-anak membesar. Sukar nak gambarkan perasaan takut itu,” akhirinya.
Imbas kembali, Zamarul dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Port Dickson pada 5 Februari lalu kira-kira jam 2 pagi akibat sesak nafas semasa berada di lokasi penggambaran.
Dia kemudiannya dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya bagi menerima rawatan lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara memuat naik beberapa keping fotonya ketika hadir menyokong pertunjukan fesyen bersempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week, semalam, fizikal Mimi Lana menjadi bualan netizen.
Cantik mengenakan persalinan rona merah cili dari jenama antarabangsa lengkap sama boot hitam paras lulut penampilan bintang Cari Aku Di Syurga itu ”memancing mata’ ramai.
Lalu, ada juga yang turut menyentuh mengenai bentuk pahanya yang dikatakan kurus, meski ada yang membayangkan Mimi Lana tampak menawan pada majlis berkenaan.
Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan pengguna media sosial setakat ini masih belum mendapat reaksi darinya.
Dalam perkembangan lain, Mimi kini baru selesai menjalani penggambaran filem seram, Pusaka. Turut sama terlibat dalam filem berkenaan ialah kekasihnya, Shafiq Kyle.
Foto: Instagram Mini Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra dengan panggilan DJ Lin berkongsi pengalamannya bersama seorang kenalan yang didakwa telah meminjam wang daripadanya sekitar 5 tahun lalu.
Kongsi Lin menerusi satu hantaran di akaun Instagram, individu berkenaan sehingga kini dikatakan masih belum membayar wang yang dipinjam daripadanya.
“Jom! Kita share cerita pasal #hutang Sapa ada pengalaman orang pinjam duit pastu liat nak bayar? #djlin ada pengalaman orang dalam industri hiburan sendiri.
“Kisah sekitar 5 tahun lepas. Dia hubungi Lin nak pinjam duit utk bayar payment artis & katanya akan bagi balik dlm masa terdekat once dapat payment dpd organizer. Jumlahnya 4 angka. Sampai sekarang diam & buat dek jer,” tulisnya.
Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap individu terbabit mempunyai sifat belas ehsan dan kesedaran diri untuk membayar kembali hutang berkenaan.
“Awal dulu ada jugak tanya bila bole bayar balik tapi jawapannya menghampakan & sampai sekarang xda inisiatif nak hubungi Lin apatah lg update tentang bila dia nak bayar hutang tu.
“Moga Allah gerakkan hati dia utk bayar balik sebab duit tu Lin memang allocate utk kecemasan utk bantu ahli keluarga & kawan disaat memerlukan.
“Pesan orang tua dulu2, Orang yg liat membayar hutang ni hidupnya takkan tenang & takkan berjumpa senang Anda pulak? Ada kisah ke pasal orang yg liat bayar hutang ni? Cuba kongsi kt sini #orangberhutang #liatbayarhutang,” tulisnya lagi.
Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan, watak Juita yang dibawa Azar Azmi menerusi Nur 2 yang bakal bersiaran tidak lama lagi merupakan ‘pembawa’ kepada perjalanan drama rantaian itu secara keseluruhannya.
Pada pandangannya lagi, watak Juita juga penting sebagai penggerak kepada watak-watak lainnya.
“Bagi saya watak Juita merupakan ‘pembawa’ kepada Nur 2. Rasanya wataknya sangat penting untuk karektor yang lainnya juga sebab kami tidak mahu untuk lakukan perkara yang selfish. Mahu buat yang bagus tanpa bantu orang lain juga untuk bagus.
“Jadi banyak juga saya berbincang dengan Azar Azmi memandangkan saya banyak babak dengannya. Kami pun saling pening kepala kerana skripnya panjang-panjang,” kata Syafiq.
Malah, demi memastikan yang terbaik, mereka berdua turut sama berbincang selain memberikan semangat buat finalis Dewi Remaja 2010 itu.
“Azar sendiri mungkin masih lagi baru masuk di Nur 2, suatu perkara baru baginya dan kami saling berbincang mengenai skrip.
“Tapi untuk saya berikan kekuatan memang tinggi kerana dia yang membawa Nur 2. InsyaAllah dia boleh,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Syafiq Kyle ditemui media pada majlis Preview Fashion ZaloraRaya Kylez by Syafiq Kyle di Blackbox, Publika.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sehari lalu, pelakon wanita tersebut ada memuat naik teaser Nur 2 yang menyaksikan dirinya mendukung watak sebagai pelacur.
Malah, rata-rata peminat memuji keberkesanan lakonannya selain tidak sabar untuk menantikan drama berkenaan, lebih-lebih untuk melihat watak baru itu di tangan pelakon terbabit.
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 31, mengakui dirinya seorang peminat tegar permainan video sejak dari kecil.
Menurut Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, minat tersebut...