Pengarah dan penerbit, Erma Fatima ada memuat naik satu potongan video menerusi Instagram yang mendapat perhatian netizen.

Menerusi video berkenaan, bintang Mok Cun itu dilihat sedang mengusap perut usahawan, Vie Shantie Khan yang kini sedang hamil.

Difahamkan, pertemuan antara mereka dirakam saat Erma menghadiri majlis kejutan ‘baby shower’ khas buat Vie.

“Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu2nya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku.

Ads

“Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati, mendapat suami yg mencintai kau, memiliki zuriat yg menjadi simbol pada kebahagiaan kalian.

“DAN mendapat anak2 yg selamanya akan menghargai kau sebagai ibu yang melahirkan mereka. Congrats adik ku,” tulisnya memberikan dedikasi.

Turut sama hadir memeriahkan sesi berkenaan ialah Datin Paduka Eina Azman dan adik Erma, aktres Datin Seri Umie Aida.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan respon positif dan semangat buat bintang berkenaan.

Sekadar imbasan, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Badaruddin Azmi pada 1991.

Ads

 

Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira dua tahun lalu selepas lebih 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Erma bagaimanapun difahamkan menjaga lima anak angkat iaitu iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Foto: Instagram Erma Fatima

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI