Seorang individu yang juga merupakan juru video program MeleTop, mendedahkan seorang pengacara terkenal dikatakan masih belum membuat sebarang pembayaran bagi video yang telah dimuat naik.
Luahan itu telah dikongsikan oleh individu tersebut di IG Stories.
“Semua tak bayar. Satu sen pon takde.
“Ada hati minta video lagi,” tulisnya
Sementara itu, hos tersebut juga dikatlaan masih bertanyakan kepada juru video terbabit mengenai tentang video berkaitan misi kemanusiaan di Palu, Indonesia, baru-baru ini.
Setakat ini, pengacara tersebut dilihat masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan berkenaan.
Apapun, janganlah kita membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini.
Sebaiknya, tunggulah sehingga ada keterangan daripada kedua-dua belah pihak bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Happy Birthday To Me!” – Reaksi Puteri Sarah Susulan Tak Bercerai, Dedah Ibu & Bapa Mentua Ingin Mencelah, Jadi Saksi
Pelakon Puteri Sarah mendedahkan ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ingin menjadi saksi kes melibatkan krisis rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof.
Menurut Sarah, Yusof dan Patimah sentiasa berada di sisinya dan tahu apa yang berlaku antaranya dan suami.
“Baru sahaja tadi mak dan bapa mentua saya WhatsApp dan mendoakan saya untuk hari ini. Mereka juga ingin mencelah dan ingin menjadi saksi bila berhadapan nanti dengan orang ketiga dan juga Syamsul.
“Mereka nak beri keterangan mereka sendiri kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku,” katanya.
Ketika ditanya apakah reaksi Sarah apabila hari yang ditunggu-tunggu tidak menjadi kenyataan, pelakon drama bersiri Suri Hati ini ketawa sambil menjawab soalan media.
“Happy birthday to me. Itu sahaja yang boleh saya cakap,” selorohnya.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anna Jobling ‘Backup’ Tya Arifin; Dah Cuba Jamu Mutyara, Tak Pahit Pun!
Komen pesimis yang dilemparkan kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Tya Arifin membabitkan jamu keluarannya, Mutyara mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.
Ini kerana, rata-ratanya tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan ia tindakan sengaja untuk menjatuhkan mencemarkan imej jenama bisnes Tya.
Malah pelakon Anna Jobling yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus misalnya, turut menolak komen berkenaan yang dianggap sebagai sengaja mahu menutup periuk nasi orang.
Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia antara pengguna yang sudah merasai sendiri jamu itu.
“Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba. Sebenarnya saya dah cuba dan tak pahit langsung. Tapi tak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.
“Rasa manisnya bukanlah manis buatan, tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tak baik tutup periuk nasi orang,” katanya dalam hantaran video dimuat naik di Instagram.
Dalam masa sama, Anna menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum menulis komen mereka.
“Sebelum nak ‘judge’ atau nak hentam barang orang cuba dulu dan baru komen. Saya harap Kak Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran,” katanya.
Hantaran dimuat naik Anna itu turut mendapat respons daripada Tya yang juga isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid.
“Terima kasih Anna sayang,” tulis Tya.
Susulan itu, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma untuk Trial Mutyara. Sesiapa yang ingin mencuba boleh tebus menerusi laman web rasmi mereka.
Perkongsian video Anna itu sehingga kini sudah mencecah hampir 400,000 tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan pengguna Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wah Lagu Best!” – Rakan Artis Puji, Sweet Qismina Lebar Sayap Lancar Lagu
Setelah hampir 20 tahun bergelar pelakon, Sweet Qismina kini melebarkan sayap dalam bidang nyanyian pula selepas tampil dengan single pertamanya berjudul Namo.
Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 25, sebenarnya dia sudah lama menyimpan impian untuk keluar dengan single sendiri.
Perjalanannya itu dipermudahkan apabila dia kini tampil dengan single ‘catchy-pop’ Namo, yang merupakan hasil ciptaan bersama komposer Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.
“Sebenarnya impian untuk mempunyai single sendiri tercetus kira-kira empat tahun yang lalu, ketika itu saya belum temukan sebuah karya yang betul-betul kena dengan jiwa saya.
“Setelah berbincang dengan abang Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner, baharulah saya temui lagu saya.
“Perancangan mengeluarkan single ini telah pun bermula pada bulan November tahun lepas sehingga proses rakamannya selesai pada Julai tahun ini.
“Segala-segalanya adalah baharu buat saya, sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
“Perasaan berdebar itu hanya Tuhan sahaja yang tahu! Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar dan lagu tersebut dapat dihasilkan dengan sempurna,” katanya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai netizen termasuk rakan-rakan artis turut memuji keupayaan vokal Sweet.
“Wahhh! Lagu best, tahniah Sweet,” tulis pelakon Elvina Mohamad.
“Tahniah Sweet,” tulis pelakon Hafreez Adam.
“Tahniah Sweet sayang,” tulis ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz.
“Wow! Nice adik,” tulis penyanyi Elyana.
“She is a singer,” puji pelakon baharu, Siti Hariesa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sweet Qismina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI