“Saudara Sudah Melampau…,” – Didakwa Persenda Tugas Mungkar & Nakir, PU Syed Tegur Azwan Ali?

Share

Penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed, menyifatkan tindakan pengacara, Azwan Ali yang didakwa mempersenda tugas malaikat Mungkar dan Nakir baru-baru ini sebagai keterlaluan.

PU Syed atau nama sebanarnya Syed Mohd Bakri Yahya antara lain menyebut, soal tersebut tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka dan sebagainya.

“Buat Azwan Ali @divaazwanaliofficial, saudara sudah melampau dan terlalu melampau, tak kiralah ianya adalah jawapan dalam bentuk gurauan ataupun tidak, yang pasti ianya adalah benar-benar sesat dan memalukan agama.

“Soal Mungkar dan Nakir pun saudara boleh buat main, cukuplah netizen dok hadap caci maki saudara setiap kali berdepan dengan kamera,” tulisnya.

Kenyataan itu dikongsikan juara program Pencetus Ummah musim ke-3 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, PU Syed turut berharap agar situasi seperti itu dapat membuka mata semua pihak agar lebih peka apabila bergurau, lebih-lebih lagi bila melibatkan soal agama.

“Mestikah dikaitkan dengan mak bapak orang? Salahkah soalan tu bila diajukan kepada saudara?

“Persoalan Malaikat ni bukan persoalan yang kecil bahkan Malaikat bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.

“Buat DJ yang sakan gelak tu..sedarlah benda mcm ni bukan boleh dibuat bahan untuk melawak!,” jelasnya lagi.

Menerusi entri yang sama, PU Syed turut dilihat berkongsi beberapa hadis yang menggambarkan mengenai sikap Mungkar dan Nakir.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan dan berharap agar insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Setakat ini, entry berkenaan telah pun meraih hampir 20,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Sumber: Instagram PU Syed

Published by
Aizam Manaf