Penyanyi, Ayai Illusi memaklumkan keadaan kesihatannya kini sudah beransur pulih selepas diserang empat penyakit kronik setahun yang lalu.
Bakal menyertai program nyanyian popular All Star Gegar Vaganza, Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin berharap agar tahap kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik sepanjang program berlangsung.
“Sebelum ini, saya memang ada mengalami beberapa penyakit dan harus jalani proses berubat. Saya selalu berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya saya dapat beraksi di GV10 ini dengan baik.
“Saya akan pastikan keadaan saya sentiasa dalam keadaan sihat. Selain itu, saya akan jaga makan, stamina dan ambil ubat-ubatan,” katanya kepada MH.
Ayai berkata berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media perkenalan peserta All Star Gegar Vaganza yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, penyanyi lagu Puisi Cinta itu manzahirkan rasa syukur kerana ikhtiarnya untuk melawan penyakit telah dipermudahkan.
Ads
“Saya ada penyakit bengkak usus, buah pinggang, masalah hati dan gout. Urik asid dalam badan saya tinggi. Namun, saya dapat atasinya apabila urik asid itu pecah dan keluar daripada buku lali.
“Kini saya dah boleh makan makanan laut yang saya tak boleh makan sebelum ini. Tapi kini saya makan berpada dan hanya sekadar merasa. Saya tak mahu penyakit lama berulang kembali.
“Alhamdulillah, buah pinggang saya juga sudah semakin pulih. Berkat pertolongan kawan-kawan yang syorkan untuk saya untuk minum air buah kulim.
“Doktor pun terkejut tengok perkembangan buah pinggang saya. Daripada tahap empat, kini kembali normal. Malah, saya juga tak putus makan ubat yang doktor berikan,” ujarnya lagi.
Ads
Kongsi Ayai lagi, dia juga kini sudah kembali aktif memenuhi undangan nyanyian setelah berehat untuk beberapa bulan.
“Terus terang saya katakan, ketika mula-mula diserang penyakit, sebulan saya tak boleh bangun.
“Semasa sakit itu, nak buat persembahan pun badan terasa lemah. Memang tak boleh menyanyi kerana tiada tenaga.
Ads
“Saya sedih kerana tak dapat nak penuhi jemputan Astro pada final GV9 akibat diserang empat penyakit ini. Kalau setakat kaki bengkak sebab gout, saya tetap akan menyanyi.
“Alhamdulillah, kini saya sudah pun dapat banyak jemputan nyanyian khasnya di Sarawak. Isteri juga monitor keadaan saya. Kini saya dah boleh come back,” akhirinya.
Terdahulu, Ayai akan bersaing dengan 14 peserta lain yang terdiri daripada barisan juara Gegar Vaganza terdahulu dan pesera hot seats yang akan diumumkan kelak.
Program realiti nyanyian nombor satu negara ini juga masih mengekalkan barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.
All Star Gegar Vaganza bakal bersiaran bermula 24 September ini disaluran Astro Ria dan boleh distrim di platform Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Sarah kelihatan sedang mengajar cara-cara untuk membuat hidangan roti canai.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin ini turut berkongsi cerita yang pernah dilalui ya dirinya sekeluarga ketika berlakunya kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1997.
“Masa gawat 1997 dulu , abah antara org yg kehilangan kerja .. untuk besarkan kami anak beranak , Roti canai ni lah yg abah jual untuk membesarkan kami ..,” tulisnya.
Malah, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh penyanyi berusia 35 tahun ini.
Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Shuib pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Video: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suhaimi Saad yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam direhatkan daripada menjayakan Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang bakal berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 20 April ini depan.
Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira segenap sudut pandangan selain keperlian demi kelangsubgan penganjurang konsert amal itu.
Wakil penganjur yang juga pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurrazey turut menambah, pihaknya sedia maklum mengenai kontroversi melanda Suhaimi berhubung beberapa kenyataan yang berbaur provokasi sehingga bukan saja menerima reaksi kurang senang dalam kalangan netizen malah turut mendapat liputan meluas di media massa.
“Kami sedia maklum mengenai kontroversi yang melanda Suhaimi Saad berhubung isu beberapa kenyataan beliau yang berbaur provokasi sehingga bukan sahaja menerima reaksi kurang senang di kalangan netizen malah turut mendapat liputan meluas di media massa.
“Selaku penganjur ‘Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM, kami berasa amat kesal perkara ini menjadi isu yang sangat besar sehingga mencetuskan perang mulut yang melibatkan ramai pihak dan Suhaimi Saad sendiri yang sangat kami hormati secara peribadi.
“Bagi menjawab pertanyaan media, kami sebagai penganjur berpendirian, kontroversi ini pada mulanya dilihat sebagai isu kecil yang tercetus daripada keterlanjuran khilaf yang mungkin tidak disengajakan atas kapasiti peribadi. Ia tidak sedikitpun mengurangkan keyakinan kami untuk bergandingan dengan beliau bagi menjayakan penganjuran konsert amal ini,” katanya.
Bagaimanapun, pihaknya yang sedia mengenali sikap penyanyi tersebut yang cukup komited di dalam menyokong sebarang program berkaitan.
“Untuk pengetahuan semua, sepanjang bekerjasama dengan Suhaimi Saad, kami mengenali karekter beliau sebagai seorang yang sangat komited dalam menyokong sebarang program yang berunsurkan dakwah dalam memperjuangkan irama nasyid.
“Beliau juga kami sifatkan sebagai seorang artis yang memiliki karisma dan berbakat besar.
“Pihak kami ada berhubung dengan beliau baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda selain untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pembabitan beliau dalam konsert ini.
“Setelah mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi Saad daripada konsert kali ini.
“Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti.
“Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan dan kematangan Suhaimi Saad sendiri untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti. Kami sangat optimis dan berharap agar segala salah faham yang terjadi dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat. InsyAllah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, kumpulan nasyid yang bakal membuat persembahan menerusi konsert amal berkenaan adalah seperti Hijjaz, Inteam, UNIC dan Mestica.
Turut sama, persembahan bekas anggota kumpulan nasyid yang kini aktif bergerak secara solo iaitu seperti Fitri Haris, Hafiz Hamidun dan Fadzli Aziz.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim sabar menanti detik cahaya mata sulung pada usia 41 tahun.
Hasil perkongsian dengan kerabat negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 membuatkan Sarimah teruja dengan kehamilannya itu.
“Took this early morning when i got up and was headed for my workout…:-) Almost 6 months Alhamdulillah..
“So my bump is a really forward type of bump..it is growing in the centre and not the sides so far.. my lower back sakit as a result ..so i do stretches morning and night to ease the strain.. Calf muscles pun sakit sebab weight gain kan..
“Thankfully Pilates has helped keep my core strong kalau idak.. aduhh lagilah merasa..Any tips for lower backache please?
“I still cant believe im gonna be a mummy in July InsyaAllah.. we have so much to organize still.. but we have the names on standby dah,” tulisnya.
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...