Memetik laporan Harian Metro, Yahya Manap, pengawal keselamatan yang cedera ditumbuk, ditendang dan dibaling batu oleh individu didakwa pelawak terkenal dalam kejadian di Taman Acacia menyifatkan kes yang berlaku sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya, semalam.

Walaupun tidak berdendam, namun ulas Yahya, dia bersedih atas perbuatan insiden yang berlaku.

“Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu.

“Siapa pun, dia tidak sepatutnya cederakan orang lebih berusia seperti saya.

Ads

“Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf datang jumpa mereka,” katanya yang cedera di bahagian hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang dan mulut.

Menurutnya, ketika kejadian tempoh hari, lelaki terbabit yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran.

Ads

Malah, dia berhenti di sebuah rumah dan dilihat sedang bertengkar dengan penghuni itu sebelum beredar.

Ads

“Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.

“Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi,” katanya seperti yang dipetik.

Foto – Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI