Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan setiap penyanyi yang berada di kerusi juri pasti mempunyai cara mereka yang tersendiri di dalam melontarkan komen atau kritikan.

Siti, 44, berkata karektor serta penilaian seseorang juri itu juga mungkin berbeza di antara satu sama lain.

“Saya percaya setiap juri akan ada kriteria atau cara mereka yang tersendiri. Penilaian masing-masing berbeza. Macam saya misalnya, pernah berada di posisi juri, karektor saya memang tak boleh marah macam itu, bukan diri saya.

“Akan tetapi kalau kak Mas Idayu, itulah diri dia. Cuma tinggal lagi, teruk tak teruklah (komen yang diberikan). Masing-masing pun ada cara dan pada masa sama mungkin tahap ketahanan individu (dalam menerima komen) pun berbeza.

“Ada yang boleh menerimanya daripada sudut yang positif dan ada yang tidak boleh terima keadaan yang sedemikian,” katanya kepada MH.

“Saya Ada Menonton Sebab…,” – Sering Duduk Di Kerusi Juri, Siti Ulas ‘Komen Keras’ Mummy, ‘Mengenali Mas Idayu, Itulah Dia’ “Saya Ada Menonton Sebab…,” – Sering Duduk Di Kerusi Juri, Siti Ulas ‘Komen Keras’ Mummy, ‘Mengenali Mas Idayu, Itulah Dia’ “Saya Ada Menonton Sebab…,” – Sering Duduk Di Kerusi Juri, Siti Ulas ‘Komen Keras’ Mummy, ‘Mengenali Mas Idayu, Itulah Dia’ “Saya Ada Menonton Sebab…,” – Sering Duduk Di Kerusi Juri, Siti Ulas ‘Komen Keras’ Mummy, ‘Mengenali Mas Idayu, Itulah Dia’

Siti berkata demikian sebagai mengulas kritikan pedas yang diberikan Mas Idayu terhadap persembahan lagu Jampi versi keroncong yang dibawa Naim Daniel dan Sissy Imann menerusi Famili Duo, Ahad lalu.

Ads

Penyanyi lagu Anta Permana ini turut menambah, penonton sendiri pastinya bijak menilai baik buruk susulan insiden yang berlaku pada saingan minggu keenam itu.

“Mungkin kita pun sudah dibiasakan dengan elemen yang semua perkara kita boleh cakap lepas atau boleh tulis apa sahaja. Ia sudah jadi perkara biasa pada zaman sekarang. Jadi ada yang mungkin rasa boleh tahan dengan kritikan. Begitu juga sebaliknya.

“Saya ada menontonnya secara langsung sebab Siti Sisters pun ada bertanding juga. Bila tonton tu terkejut juga. Bagi saya apa yang berlaku kita sendiri yang boleh menilai atau menerimanya daripada sudut positif dan negatif.

“Kalau daripada sudut baiknya, ia adalah cara untuk menegur dan mengajar sebab mungkin Mas Idayu melihat ia sudah pun persaingan di minggu keenam. Mungkin baginya prestasi yang begitu tidak sepatutnya dipersembahkan.

Ads

“Akan tetapi kalau daripada sudut negatif itu mungkin pihak yang ditegur itu tidak mampu menerima kritikan yang macam itu. Tapi mengenali Mas Idayu, itulah dia. Malah sebelum ini pun dia pernah bawa rotan untuk bimbing Black. Jadi terpulang pada penerimaan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan;

“Jangan Putus Asa Kerana Itulah Sepak Terajang Yang Perlu Hadapi,” – Nasihat Matang Siti Buat Sissy

Mas Idayu ‘Tegur’ Artis Yang Kritik Cara Penjuriannya; “Saya Mohon Jangan Masuk Campur…”

Ads

“Melihatkan Keadaannya, Saya Sedih Tapi…,” – Menangis Bapa Sissy Baca Komen Baik, Ulas Anak Jual Album RM20 Bukan Gimik

Terdahulu, program hiburan realiti itu menjadi bualan apabila Sissy dilihat menangis sejurus membuat persembahan selain tidak muncul pada segmen akhir program berkenaan selepas menerima komen tegas daripada Mas Idayu.

Sissy menerusi Instagram selepas itu memuat naik keluhan dan kekecewaan terhadap dirinya serta menjelaskan bahawa semangatnya untuk berkarya sebagai pemuzik kini kian pudar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=qsFSchGsCtI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI