Ibu kepada pengacara dan penyampai radio, Radin Era, Allahyarham Feridah Hashim baru sahaja menghembuskan nafas terakhir lebih seminggu lalu.
Menurut Radin, dia mengakui terpaksa mengambil sedikit masa sebelum dia memulakan hari-hari serta komitmen kerjayanya seperti biasa.
“Macam semua tahu, saya baru kehilangan ibu saya. Jadi, banyak juga kerja-kerja yang terpaksa saya tolak sebab untuk mengharungi fasa ini agak susah.
“Kerja saya adalah untuk menghiburkan orang. Jadi saya dah bagitahu pengurus, mana yang boleh tolak, kita tolak dahulu dengan cara baik,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy menjelaskan dia akan tetap menjalankan tugasnya sebaik mungkin kerana menyifatkan pekerjaan ini sebagai satu amanah.
“Untuk kembali semula bekerja, seperti semua tahu kerja ini juga amanah. Anak mana yang tak sedih kalau kehilangan ibu ni.
Ads
“Alhamdulillah saya bersyukur pemergian arwah ibu sangat tenang dan dipermudahkan.
“Sebagai anak, apa lagi yang perlu saya risau dan fikirkan. Tenanglah mama saya di sana. Kita doakan yang baik-baik,” jelasnya yang turut terharu atas doa yang dizahirkan rakan artis dan peminat.
Radin ditemui ketika menjalani penggambaran program MHthrowback, pada Khamis.
Ads
Dalam pada itu, Radin turut mengakui dia berasa sedikit terkilan kerana menganggap masih belum cukup masa untuk membalas jasa arwah ibu.
“Mungkin saya ada sikit terkilan sebab saya rasa belum cukup lagi untuk saya balas semula jasanya.
“Ibu saya menanggung sakit ni dah lama. Sesuatu yang agak kronik. Hampir 36 tahun jugalah. Jadi, kami adik-beradik reda. Kami terima dengan hati yang terbuka,” kongsinya lagi.
Ads
Radin menambah, meski pun berat baginya untuk menerima kenyataan, namun dia tetap akan cuba untuk membiasakan diri demi memastikan kerjanya sentiasa berada di tahap yang terbaik.
“Kerja saya adalah untuk menghiburkan orang atau membuat orang lain ketawa. Macam mana saya nak biasakan diri tu, nak tak nak saya kena move on. Memang kita tak boleh lupakan apa yang terjadi.
“Tapi alhamdulilah saya akan cuba untuk kuat dan lapangkan dada. Meneruskan kerja dan kehidupan seperti biasa.
“Sebab saya rasa kalau ibu saya tahu pun, mesti dia tak nak tengok anak-anak dia sedih,” akhirinya.
Pelakon Datuk Adi Putra berharap semoga perjuangannya sebagai penggiat seni tidak hanya sekadar mendapat manfaat di dunia tetapi akhirat kelak.
Adi atau nama sebenarnya, Muhammad Hadi Putra Halim, 41, berkongsikan mengenai perkara itu di dalam video ucapan kemenangan sejurus diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).
Trofi berprestij itu diraih menerusi lakonan mantapnya di dalam filem blockbuster, Mat Kilau: Kebangkitan Seorang Pahlawan.
Adi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan seninya sejak dahulu hingga kini, termasuk pengarah Syamsul Yusof.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah. Terima kasih kepada Finas, kedua ibu bapa saya, isteri, anak-anak yang banyak menyokong daripada awal hingga kini. Tidak lupa juga kepada semua peminat saya.
“Saya ingin kongsikan juga (dedikasi) kepada semua pemenang, tahniah kepada semua. Tidak lupa kepada pengarah saya, Syamsul Yusof yang memberikan saya peluang untuk menjadi perwatakan Mat Kilau, alhamdulillah.
“Sempena saya di tanah Arab ini, apa sahaja doa, niat dan hajat anda insyaAllah saya doakan. Semoga Allah makbulnya doa anda sekalian.
“Mudah-mudahan dengan apa yang kita perjuangkan dalam dunia perfileman bukan sekadar ini, atau pun untuk dunia semata. Sebaliknya mesej yang kita mahu sampaikan adalah untuk di akhirat satu hari nanti,” katanya.
Adi pada sama turut mengucapkan terima kasih dan memohon maaf andai ada nama yang tidak disebut.
“Dan salam dari saya. Mana yang saya tidak sempat nak ucapkan tahniah dan terima kasih, mohon maaf daripada saya.
“Kerana banyak senarai saya nak ucapkan terima kasih sepanjang perjalanan industri dan kerjaya saya sebagai seorang pelakon.
“Apa-apa pun saya tetap hamba kepada Yang Esa. Akhir kata dari saya, aku taat pada Yang Satu. Assalamualaikum,” katanya lagi.
Terdahulu, FFM32 berlangsung di Encore Theatre, Melaka pada malam Jumaat dan Adi tidak dapat menghadiri acara berkenaan kerana berada di Tanah Suci Makkah bagi menjalani ibadah umrah.
Penyanyi Bad, 46, meminta doa ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar selain mengharapkan agar luka yang dialami segera sembuh seperti sedia kala.
Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah berkongsi harapannya itu menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dalam bentuk video di Instagram, pada Rabu.
“Assalamualaikum semua, minta doakan pembedahan kaki saya akan berjalan lancar dan luka akan sembuh dengan segera.
Minta doa ya, terima kasih semua,” katanya yang juga ahli kumpulan Indigo ini.
Menerusi kapsyen, bekas peserta Gegar Vaganza 7 ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan, termasuk ahli keluarga.
“Doa2 kalian amatlah saya hargai. Tq semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak n keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” tulisnya.
Sementara itu dalam ruangan komen, rakan artis dan para peminat menitipkan kata positif buat Bad selain berdoa agar masalah kesihatan yang dialami kembali pulih.
Malah, isterinya yang juga penyanyi, Ashira turut mendoakan kesejahteraan suami selain berkongsi keratan doa di Insta Story.
Difahamkan, penyanyi ini terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetis dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Terdahulu, Bad dan Ashira sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac lalu.
Foto: Instagram Bad, Ashira Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...