Baru-baru ini, perkongsian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika turun mengagihkan bantuan kepada satu keluarga daif di Alor Star, Kedah telah mendapat perhatian warganet.

Difahamkan, Ebit telah memberi bantuan keperluan harian termasuk menyediakan sebuah rumah yang disewa bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

“Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat…Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.

“Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.

“Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.

“Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.

Ads

“Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali,” tulis Ebit menerusi perkongsian di FB.

Pada masa sama, Ebit turut memberitahu datuk yang tinggal bersama cucunya itu juga menghidap strok.

“Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.

Ads

“Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah.

“Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum.

“Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.,” tulisnya menerusi laman akaun Facebook miliknya.

Ads

Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat…Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat…

Posted by Ebit Lew on Monday, April 20, 2020

Sementara itu, Ebit turut tampil membantu seorang lelaki kurang upaya yang dikenali sebagai Pakcik Ismail yang kehilangan sebelah kakinya ketika sedang mencari besi bagi menampung keluarga sepanjang tempoh PKP.

Hanya airmata. Tiada apa yang saya dapat ungkapan. Hati ini sedih sayu. Hanya berdoa moga Allah ampunkan dosa saya….

Posted by Ebit Lew on Monday, April 20, 2020

Foto: Facebook Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI