Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf sekiranya kata-katanya ada menyinggung hati mana-mana pihak.
Permohonan maaf itu dikongsikan oleh Nabil menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram.
“Saya Nabil Ahmad, dibulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengacara program The Hardest Singing Show itu juga berjanji akan lebih berhati-hati dengan percakapannya pada masa akan datang.
“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati dimasa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” kongsinya lagi.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci sebab permohonan maaf tersebut, ramai yang menganggap ia mempungai kaitan dengan kenyataannya di program Meletop baru-baru ini.
Ketika program tersebut, Nabil dikatakan ada memberikan pandangannya berhubung isu segelintir pendakwah yang terpaksa direhatkan daripada muncul di program televisyen.
Potongan video tersebut telah tular dan menyebabkan Nabil menerima kecaman daripada wargamaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nabil Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pergerakan Terbatas Sedikit-Sebanyak Boleh Beri Kesan Kepada Emosi…,” – Cuba Manfaatkan! Dr Che Hafiz ‘Listkan’ 7 Tip Jaga Kesihatan Mental Ketika PKP
Ketika ini, dunia sedang dilanda penularan pandemik Covid-19 yang boleh mengancam nyawa.
Malah, Malaysia sendiri tidak ketinggalan dan kita sedia maklum, bilangan kes positif virus itu meningkat hari demi hari.
Bagaimanapun inisiatif kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan diharap dapat memutuskan rantai penyebarannya.
Lalu pegawai perubatan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerusi satu kenyataan memberitahu, pergerakan yang terbatas selain duduk di dalam rumah sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada perasaan dan emosi seseorang.
Misalnya, akan berasa sedih dan tertekan memandangkan kebanyakan daripada kita sudah terbiasa dengan aktiviti harian.
Jika tidak dikawal dengan baik emosi seperti ini lama kelamaan ia boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.
Bermula dengan perasaan risau seperti contoh mendengar berita tentang pertambahan kematian pesakit positif covid-19. Jadi perasaan risau ini lama-kelamaan Jika tidak dibendung awal-awal ia boleh bertukar menjadi perasaan sedih sehingga juga boleh mengakibatkan kesihatan mental akan terjejas.
Jadi, ini antara tips yang anda boleh lakukan demi kesihatan mental sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan;
Pastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang sahih kerana jika anda mendapat maklumat yang palsu atau tidak benar, ia boleh membuatkan seseorang itu bertambah lebih cemas dan risau atau tidak keruan.
Eratkan hubungan antara sesama ahli keluarga atau kawan rapat. Mungkin sebelum ini anda terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa. Jadi rebutlah peluang yang ada ini dengan selalu bertanya khabar walaupun melalui telefon kerana tidak dapat balik Ke kampung. Di situ juga anda boleh meluahkan perasaan kepada mereka.
Pilihlah kaedah pemakanan yang sihat dan seimbang. Dengan mengikut kaedah pemakanan yang betul, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan malah memberi kesan baik kepada kesihatan mental seperti pengambilan asid lemak omega-3.
Miliki waktu yang cumup, kurangnya-kurangnya antara 6-8 Jam sehari. Ambillah peluang yang ada untuk betul2 rehatkan badan dan minda anda.
Kerap bersenam. Meski PKP sedang dijalankan, ini tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Praktis dan pilihlah jenis senaman yang lebih sesuai dan boleh di lakukan di rumah. Paling penting anda enjoy lakukan senaman tersebut.
Inilah masa untuk latih diri untuk sentiasa berfikiran positif. Elakkan daripada membaca atau mendengar akan perkara yang memberikan kesan negatif kepada emosi. Cuba isi masa lapang yang dengan melakukan aktiviti atau hobi berfaedah misalnya melukis, memasak,menulis novel, main alat muzik,membaca buku, mendengar lagu. Bagi bagi mereka yang beragama Islam, anda boleh membaca Al-quran atau rajin lakukan solat Sunat.
Semoga tips yang telah saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama agar kesihatan mental tidak terjejas dan moga kita akan menjadi seorang yang lebih ceria dan semangat apabila mula sambung kerja hari pertama nanti setelah tamat tempoh PKP. Jadi sama-samalah berdoa agar ujian berat ini akan berakhir.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Pelajar Berjaya Hafiz 30 Juzuk AL-Quran Dalam Masa 5 Bulan Pernah Viral, Imam Muda Fakhrul; “Kisah Tular Itu Membuatkan…”
Ditubuhkan pada 2018, Akademi Al Quran Amalillah atau AKMAL terus terbang tinggi mengembangkan legasi dan empayarnya.
Malah kejayaan demi kejayaan diraih menjadi iltizam bagi terus melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun.
Pada masa yang sama usaha pembangunan akademi ini memiliki enam cawangan serata negeri itu juga semakin disedari.
Ketika ini, akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Ketua Pegawai Operasi AKMAL, Imam Muda Fakhrul, mereka terus optimis mengangkat akademi berkenaan ke tahap yang lebih membanggakan.
“Cabaran ketika era pandemik itu memang sangat besar kerana kebiasaan dan tradisi pengajian Al-Quran itu secara berdepan. Tapi mahu atau tidak, kena biasakan cara belajar dalam talian.
“Bagai rahmat dalam ujian, ia membuka kejayaan besar kerana dengan cabaran tersebut kami berjaya mencipta pelbagai modul baru untuk membantu anak muda mencapai misi untuk menjadi Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun atau kurang termasuk memperkenalkan pengajian tahfiz secara online.
“Kita bersandarkan konsep Fast Track Tahfiz Strategy menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, kajian pelajar secara bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai sasaran dan misi yang diingini,” katanya.
Kata Imam Muda Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrurrazi Hussin lagi, pada 2019, akademi ini pernah tular apabila seorang daripada 20 pelajar telah berjaya hafiz dalam tempoh lima bulan hingga berjaya mendapat liputan meluas media.
“Kisah tular itu membuatkan permintaan tinggi untuk kemasukan pelajar menyertai akademi ini. Cuma kita akui tak mampu menampung permintaan berkenaan kerana kekurangan kemudahan.
“Hingga kini usaha mengumpul dana untuk pembangunan kompleks tahfiz ini masih berjalan. Cawangan di KLIA juga hampir siap pembangunannya.
“Pada tahun 2020 di era pandemik pun, lebih 100 Hafiz dan Hafizah berjaya khatam 30 juzuk dihasilkan. Jun depan juga kita akan adakan majlis graduasi Haflah Takrimi di Terengganu meraikan lebih 200 golongan itu,” katanya.
Tambah Imam Muda Fakhrul lagi, Mac lalu mereka juga berjaya menganjurkan Majlis Khatam Perdana Hafazan 30 Juzuk Al- Quran membabitkan 75 pelajar yang majoritinya berjaya melengkapkan hafazan kurang setahun diadakan serentak di semua cawangan AKMAL.
“Tempoh khatam itu bermula dari tahun lalu hingga awal 2023. Apa yang menakjubkan kita juga berjaya mencatat rekod baru kejayaan seorang pelajar bernama Iman Mardhiyyah Kamaruzzaman yang berusia 12 tahun. Dia berjaya melengkapkan hafazan 30 juzuk selama tiga bulan lebih sahaja.
“Malah pelajar terbabit juga berjaya melengkapkan syahadah tahfiz dalam tempoh lima bulan menjadikan tempoh lengkap hafiz dan syahadah hanya dalam tempoh 8 bulan lebih. Ia satu pencapaian yang amat luar biasa dan sangat membanggakan.
“Malah kehebatan hafazan dan ingatan Al-Qurannya diuji secara disemak terus bacaan 30 juzuk Al-Quran selama dua hari tanpa melihat Al-Quran. Ia dilaksanakan oleh wakil Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dijemput dan pelajar terbabit berjaya memperolehi keputusan Mumtaz (sangat cemerlang) dari institusi berkenaan,” kata bekas peserta Imam Muda Astro Oasis musim kedua itu.
Ini jelas membuktikan pihaknya bukan hanya menekankan soal menghafal Al-Quran dalam tempoh yang cepat, tetapi turut mementingkan penjagaan hafalan yang berkualiti mengikut sistem yang telah disusun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL pula iaitu Ustaz Saifullah Hussin, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.
“Sistem fast track ini diwujudkan kerana mahu membantu menyelesaikan masalah kebanyakan pelajar tahfiz yang mengambil masa terlalu lama untuk menghafal Al-Quran sehingga menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana dan ini memberi kesan negatif kepada imej pelajar tahfiz itu sendiri.
“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berktrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.
“Kita mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan sudah pasti dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi. Bagi yang mahu menyumbang atau mendaftar pengajian boleh layari www.hafizsetahun.com,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Solat Selang Satu Saf Belakang Dia,”- Norman Hakim Rasa Kehilangan, Imbas Detik Solat Jumaat Bersama Arwah Datuk A.Rahman Hassan
Pemergian permata seni, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan cukup terkesan dalam industri hiburan tanah air.
Perkara itu juga turut dikongsikan pelakon, Norman Hakim yang merupakan teman arwah, lebih-lebih lagi mereka kerap ke masjid bersama.
Tambahan pula, hari ini merupakan hari Jumaat dan Norman turut mengimbau kembali kenangan apabila mereka solat berjemaah.
“TAK ADA LAGI KELIBAT DIA..
“Kalau saya tak balik Kuantan hari Jumaat, mmg kat sini la saya selalu solat Jumaat dan sejak 4 tahun kebelakangan sejak saya duduk kat mukim ni, dah jadi satu rutin terutama hari Jumaat samada dirancang atau tidak untuk saya solat selang satu saf kat belakang dia.
“Dan kat tempat kosong itulah mmg rutin ‘best spot’ dia yg kebetulan kosong.
“Saya yang akan mula bagi salam sebagai yg muda menghormati yg lebih tua baik sebelum masa baru sampai atau selepas doa solat Jumaat,” tulis Norman.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Namun, hari ini Norman mengakui bahawa dia berasa sedikit ‘kelainan’ bagaikan ada sesuatu yang kurang.
“Tapi hari ni tiba2 hati tersebak, bila sedar mmg takkan ada lagi kelibat dia selepas ini utk di salami. Mmg betul2 terasa kali ni.
“Semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh orang2 yg beriman & bertaqwa Aamiin Ya Rabb.
“AL-FATIHAH buat roh Allahyarham DATO A.RAHMAN HASSAN…sentiasa didalam kenangan kami semua qariah disini,” kongsi Norman sebak.
Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman paru-paru dan dikembukan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat jam 2.30 pada Khamis.
Arwah meninggalkan seorang balu, pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.
Video : Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI