Hiburan

“Saya Akan Berhati-Hati…,” – Kongsi Pandangan Fasal Pendakwah Direhatkan, Nabil Ahmad Mohon Maaf

Share

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf sekiranya kata-katanya ada menyinggung hati mana-mana pihak.

Permohonan maaf itu dikongsikan oleh Nabil menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram.

“Saya Nabil Ahmad, dibulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengacara program The Hardest Singing Show itu juga berjanji akan lebih berhati-hati dengan percakapannya pada masa akan datang.

“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati dimasa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” kongsinya lagi.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci sebab permohonan maaf tersebut, ramai yang menganggap ia mempungai kaitan dengan kenyataannya di program Meletop baru-baru ini.

Ketika program tersebut, Nabil dikatakan ada memberikan pandangannya berhubung isu segelintir pendakwah yang terpaksa direhatkan daripada muncul di program televisyen.

Potongan video tersebut telah tular dan menyebabkan Nabil menerima kecaman daripada wargamaya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber: Instagram Nabil Ahmad

 

Published by
Aizam Manaf