Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memohon doa yang baik-baik susulan timbul khabar angin yang mendakwa dan pasangan yang juga Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa bakal bernikah 16 September depan.
Mengharapkan agar segala perancangan berjalan dengan baik, bintang itu bagaimanapun akui bakal berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam satu acara istimewa yang akan dilangsungkan pada 21 Ogos ini.
View this post on Instagram
“Insya-Allah, doakan yang baik-baik buat kami dan dipermudahkan semuanya. Saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua tidak lama lagi.
“Kebetulan pada 21 Ogos ini saya akan mengadakan majlis An Exclusive With Mummy Mas Idayu, Meet & Greet dan Pelancaran Twenty Skincare.
“Lagi pula, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan. Jadi, mohon untuk doakan segala yang dirancang ini berjalan lancar.
“Saya nak berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan kata-kata yang positif buat kami,” katanya.
Mas Idayu yang juga juri tetap program Ceria Popstar Xtra 2022 berkata semuanya hampir siap turut berkongsi perkembangan menjelang hari bahagianya.
View this post on Instagram
“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira ini jika semuanya sudah siap.
“Untuk masa sekarang, alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.
“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya.
“Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya lagi.
Terdahulu pada April, Mas Idayu mendedahkan dirinya bakal berkahwin dengan Sufian Isa pada September depan, namun tarikhnya belum pun lagi dapat dikongsikan.
Menerusi pendedahan sama, Mas Idayu akui sudah saling mengenali Sufian sejak program Mentor 3 pada 2008 cuma baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.
Kemudian, pada Mei lalu Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI