Pelakon terkenal, Remy Ishak menyifatkan kehadiran cahaya mata sulungnya, Tuah Alam telah mengisi kekosongan di dalam hati yang dirasainya selama ini.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, kekosongan itu mula dirasainya sejak ayahnya meninggal dunia pada tahun 2019.

“Saya Akan Cuba Jadi Ayah Terbaik,” – Hati Kosong Lepas Bapa Meninggal, Tuah Kini Penyeri Hidup Remy Ishak

“Ada satu waktu dalam hidup aku rasa kosong. Lepas ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup dan jiwa aku,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Hijrah Jannah itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.

“Saya Akan Cuba Jadi Ayah Terbaik,” – Hati Kosong Lepas Bapa Meninggal, Tuah Kini Penyeri Hidup Remy Ishak

Ads

Katanya lagi, dia juga akan berusaha sehabis baik untuk menjadi bapa terbaik buat anaknya itu.

“Tapi bila Tuah lahir, semuanya berubah. InsyaAllah saya akan mencuba untuk versi ayah yang terbaik. Ayah sayang Tuah,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Tuah membesar menjadi anak yang soleh.

Ads

“Bila jadi ibu bapa, automatik hidup jadi meriah. Enjoy the parenthood journey.

“Tahniah Remy Ishak. Semoga kehadiran si kecil membawa sinar di dalam di dalam keluarga kecil anda. Semoga Tuah membawa tuah dalam keluarga.

“Alhamdulillah. Semoga sentiasa kekal bahagia disamping orang tersayang sampai jannah.

Ads

“Saya doakan semoga mahligaimu bertambah berseri dengan kehadiran si comel ini,” antara komen-komen netizen.

“Saya Akan Cuba Jadi Ayah Terbaik,” – Hati Kosong Lepas Bapa Meninggal, Tuah Kini Penyeri Hidup Remy Ishak

Terdahulu, Tuah telah selamat dilahirkan pada tanggal 27 Julai lalu.

Sekadar informasi, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI