Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui sedang diulit bahagia dan rasa dihargai bersama teman baru.
Bagaimanapun, bintang yang cukup sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini masih belum bersedia untuk mendedahkan gerangan lelaki yang dimaksudkan, meski sudah memuat naik beberapa foto individu yang disertakan dengan emoji di media sosial.
“Saya akan dedahkan wajah kekasih apabila malam berinai nanti. Untuk majlis tersebut ia akan dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Cuma untuk nikah, mungkin akan jemput rakan media untuk raikan bersama.
“Apapun, saya akan cuba untuk mengekalkan konsep kesederhanaan kerana itulah yang saya mahukan. InsyaAllah, doakan andai ada rezeki,” katanya kepada MH.
Masih belum bersedia untuk berkongsi bila tarikhnya, Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina memberitahu ia sebenarnya masih lagi awal untuk diperkatakan kerana apa yang dibicarakan hanyalah perancangan peribadi semata-mata.
“Masih terlalu awal lagi untuk dikongsi. Hal macam ni kerana ada perbincangan yang sewajarnya daripada semua pihak,” jelasnya sambil memaklumkan hubungannya bersama jejaka berkenaan masih lagi baru.
Ads
Ditanya mengenai hubungan mereka dengan lebih lanjut, Kak Lina mengakui sudah ada bertemu dengan beberapa ahli keluarganya teman barunya itu.
“Ada kami berjumpa, keluar makan dengan adik-beradiknya yang lain. Malah pihak saya juga ada merancang untuk ke Kelantan bagi bertemu dengan keluarganya di sana pula.
“Cuma sekarang saya hanya melakukan panggilan video bersama ibunya sahaja,” akuinya yang memilih bulan Mac memandangkan ia musim cuti sekolah.
“Tapi ke sana bukan merisik ya, sebab kalau merisik mestilah dilakukan di kediaman belah pihak perempuan,” seloroh Elly.
Ads
Terdahulu, bintang ini ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang ke-38 tahun anjuran kelab peminat, Family Elly Mazlein di sebuah restoran di Cyberjaya.
Menyifatkan diri begitu bertuah kerana mempunyai peminat yang setia dan menyayangi dirinya, Elly nyata terkejut dan gembira atas kejutan yang dilakukan.
“Tahun lalu kami tak dapat sambut bersama kerana saya ada show. Pernah sekali dulu saja kami sambut beramai-ramai. Jadi tahun ini memang tidak sangkalah akan ada kejutan.
“Terima kasih buat semua, malah ada juga yang sudi menaja. Masih lagi diri ini diingati dan rasanya, konsep yang sederhana tetapi meriah sebegini lebih baik. Sebab lebih intim, boleh ketawa dan boleh isi masa dengan lebih rapat.
Ads
“Yang penting, kami kekal bersama sejak saya sertai Gegar Vaganza. Susah nak dapat peminat yang macam ni. Jadi bila sudah ada, rasa saya dihargai dan gembira,” akhiri Elly.
Selepas berhempas pulas selama lima minggu, penyanyi senior, rezeki Ayai Illusi ternokhtah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila diumumkan sebagai peserta keempat yang tersingkir.
Ayai berada di kedudukan tercorot dengan markah sebanyak 53 peratus selepas gagal menambat hati para juri sejurus membawakan lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal kumpulan Ekamatra.
“Saya tetap bersyukur kepada Allah SWT. Apapun, terima kasih kepada pihak juri, Astro, para peminat, isteri dan anak-anak saya.
“Untuk semua rakan-rakan yang saya sayangi di ASGV, saya doakan yang terbaik buat anda.
“Semoga ceria selalu dan buat persembahan terbaik seperti biasa. Selamat berjuang,” katanya sejurus tersingkir.
Turut berada di posisi terendah yang hanya dibezakan dengan markah 0.75 peratus ialah Zamani sementara Noryn Aziz pula tidak dapat meneruskan rentak kecemerlangan seperti minggu lalu apabila turut berada di kalangan ‘bottom 3’, hanya raih 60.75 peratus.
Liza Hanim sukses dengan markah 70.50 selepas sekaligus berada di ranking pertama minggu ini.
Berikut carta penuh markah kesemua bintang bertanding pada minggu ini;
ASGV bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengenali penghijrahan penyanyi Mizz Nina adalah suatu perkara yang mengejutkan ramai pihak.
Mana tidaknya, penghijrahannya pada akhir tahun 2013 telah ‘membuka mata’ ramai.
Daripada bergelar bintang yang sinonim dengan imej seksi, dia kini berubah 360 darjah menjadi seorang Muslimah sejati.
“Saya pernah tutup pintu Allah masa saya muda. Tak solat, tak puasa, tak buat apa-apa, macam malas nak buat semua itu..
“Masa saya ke arah kejayaan, saya rasa macam ada kehilangan ‘sesuatu’ dan saya pun sudah lama dalam industri hiburan, banyak buat persembahan sini sana, jadi saya rasa ia hanyalah rutin harian..
“Saya merasakan semakin dikenali, saya bergerak ke era baru dalam hidup saya dan itu sebab saya senang untuk lepaskan semua benda..
“Apabila saya nekad untuk mendalami Islam, saya rasakan ini adalah permulaan kehidupan saya,” kata isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Popular dengan lagu Wait You Waiting For, Mizz Nina mengakui cabaran dalam penghijrahan adalah suatu perkara paling sukar.
“Saya mengambil masa untuk berhenti pergi ke tempat yang selalu saya pergi dulu, perlahan-lahan nak belajar pakai tudung dan ambil masa nak pergi Haji..
“Balik dari Mekah, saya cuba praktikkan perkara itu dan mahu kekal istiqomah dan saya rasa itu adalah cabaran yang semua orang hadapi,” kata Miss Nina sebak.
Menerusi temubual slot Kisah Penghijrahan dalam Zayan My, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengakui bahawa ayat suci Al-Fatihah telah melengkapi hidupnya.
“Surah Al-Fatihah sangat memberi kesan besar pada saya sebab ia adalah surah pertama saya hafal dan surah pertama yang saya faham,” kata Mizz Nina yang berhasrat mahu mengeluarkan buku tentang penghijrahan.
Ikuti kisah penghijrahan Mizz Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman menerusi Youtube Zayan My yang telah menjentik hati penonton.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram miliknya menitipkan doa buat barisan hadapan petugas perubatan yang sentiasa bersedia dalam menangani wabak COVID-19.
Rakaman tersebut turut berkongsi etika pemakaian personal protection equipment bagi petugas melakukan saringan, pengambilan sampel dan merawat pesakit COVID-19 antaranya prosedur mengambil masa 45 minit untuk satu pesakit, kakitangan ini berisiko mendapat jangkitan, melakukan saringan tanpa henti, persekitaran kerja yang panas dan perlu bekerja tanpa henti.
“Semoga Allah swt sentiasa melindungi kalian ..Fii Aamanillah ….#Repost @intrendmalaysia with @make_repost
・・・
“Merekalah ‘pejuang’ kita sekarang ini, berkhidmat tanpa mengira masa, keluarga dan keselamatan diri. Sama-sama kita sokong barisan depan kakitangan hospital yang terlibat dengan rawatan pesakit Covid 19 ini dengan memainkan peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap pencegahan awal. Terima kasih semua kakitangan terlibat,” kongsinya.
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...