Pelawak Lan Pet Pet akan mendapatkan khidmat nasihat peguam berkenaan untuk tindakan selanjutnya berkenaan satu video di media sosial yang berunsur fitnah sekaligus mengaibkan namanya.
Anggota kumpulan Senario itu juga akan mengundang pihak media bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai hal berkaitan.
“Memandangkan post2 yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat dari peguam saya utk tindakan selanjutnya.
“Saya akan jemput rakan media utk memberi penjelasan lanjut mengenai video yg tular tersebut,” tulis Lan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi foto serta artikel yang dikongsikan, ia membabitkan satu video tular yang pada awalnya dimuat naik di Twitter, baru-baru ini.
Ads
Video tersebut merakamkan seorang pemandu kereta dilihat seolah-olah sedang berurusan dengan seorang penunggang motosikal di tepi jalan pada waktu malam.
Dalam video kurang seminit berkenaan itu, pengguna Twitter tersebut mendakwa individu di dalam kereta itu mirip seperti seorang pelawak terkenal.
Ciapan tersebut sekaligus menerima reaksi pelbagai warganet dan ada mendakwa mengaitkan individu tersebut sebagai pelawak berdasarkan loghat dan suara.
Ads
Bagaimanapun, ada juga yang menyangkal kerana berpandangan ia hanya gimik atau lakonan semata-mata.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meminat meminta Lan untuk bersabar dan mendoakan agar pelawak berkenaan dipermudahkan urusan.
“Tak payah dok buat fitnah kalau takdak bukti sahih. Sabar nah abang Lan. Zaman sekarang zaman canggih makin menjadi-jadi dengan tuduhan yang boleh datangkan fitnah. Takutnya ya Allah,” tulis seorang peminat.
Ads
“Lan naik BMW woi. Bukan Myvi. Minggu lepas jumpa dia,” seorang peminat berikan reaksi.
“Allah tengah uji kesabaran hang bang Lan,” tulis peminat lain.
“Allah sayang, moga dipermudahkan urusan,” peminat berikan kata semangat.
“Molek. Penjelasan gini untuk elakkan tohmahan dan salah faham,” komen peminat lainnya pula.
Foto: Instagram Lan Pet Pet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kumpulan Eva dan Indigo diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir menerusi program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu keempat pada Ahad.
Menerusi minggu yang membawa tema ‘Lagu Berhantu’ itu, Eva membawakan lagu Kini yang pernah dipopularkan oleh Feminin sementara Indigo pula membuat persembahan dengan lagu Hidup Dalam Mati nyanyian asal Syamel.
Indigo menduduki carta markah kedua terendah iaitu dengan 55.20 peratus sementara Eva pula di kedudukan terakhir, 55 peratus.
Sementara itu, Muss yang tampil berbeza menyampaikan lagu asal Yuna, Dan Sebenarnya mendapat respon positif para juri, sekali gus mengumpul markah sebanyak 74.60 peratus sementara Linda Nanuwil sukses di tempat kedua dengan markah 74.40 peratus.
Berikut merupakan senarai markah penuh yang diperolehi semua peserta;
Terdahulu, Anugerah CUCKOO Healthy Home kali ini menjadi milik Aju dan menerusi segmen Kongsi Rezeki, ikon penyampai radio A Razak Ismail menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, menyaksikan tinggal lagi 11 peserta yang akan menyahut cabaran.
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Azizul Ammar yang mulai dikenali bersama Titan di samping Issey Fazlisham ada menitiplan sesuatu buat sahabat baiknya itu pencapaiannya dalam seni kini.
Kongsinya menerusi Instagram, dia mempunyai banyak persamaan dengan hos berkenaan dan mulai rapat ketika masing-masing aktif di dalam aktiviti kebudayaan di tempat pengajian.
“Menara berkembar petronas. Kalau satu maka tak lengkap. Begitu juga dengan budak sebelah ni. Sama sama aktif dalam bidang kebudayaan kat U. Bertemu atas jodoh.
“Banyak benda yang kebetulan dengan mamat ni, sama rabun warna, size baju sama, tinggi sama, size kasut sama, birthday plak agak menarik saya 4 hari awal bulan jun dia 4 hari akhir bulan jun.
“Baik gaduh baik gaduh mesti ada. Tak gaduh tak partner lah. Tapi skrg dia dah terbang semakin tinggi, saya nak capai pun susah. Terbang tinggi tinggi bro, aku tunggu kau kat bawah,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, Issey dilihat turut meninggalkan reaksinya.
“Kita masih terbang level sama. Cuma arah berbeza. Cuma jarang bertembung untuk berkongsi oksigen. InsyaAllah 2020. Doa agar ada peluang untuk kita. Banyak yang sama, nama mak mertua pun sama hahaha,” balas Issey.
Terdahulu, duo Titan ini mulai dikenali selepas terlibat dalam program realiti, Bintang Mencari Bintang musim pertama, lebih tujuh tahun lalu.
Sejak itu keduanya cuba mencari peluang dalam seni.
Foto: Instagram Azizul Ammar, Issey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!