Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf akui kekhilafannya atas ketelanjuran menjayakan babak ghairah dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

Pada masa sama, Amir turut memohon maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan watak.

“Saya Akan Perbaiki Diri…,” – Berlakon Babak Ghairah, Amir Ahnaf Akui Khilaf & Mohon Maaf

Katanya lagi, sebagai pendatang baharu, dia terbuka menerima apa saja kritikan atau cemuhan daripada orang luar mengenai babak panas yang dilakonkan.

“Saya sedar dan faham isu ini menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Jadi saya ingin memohon maaf dan Insha-Allah saya akan memperbaiki diri pada masa mendatang.

“Saya sangat terbuka menerima sebarang kritikan mahu pun persepsi orang luar kerana masing-masing mempunyai sepasang mata dan telinga.

“Setiap orang mempunyai pandangan untuk diluahkan. Jadi terpulang kepada mereka untuk bercakap apa saja,”

Ads

Bintang kelahirkan program Hero Remaja 2021 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang berlangsung di GSC, IOI Citi Mall, Putrajaya pada Selasa.

Katanya lagi, dia tidak mampu menghalang peminat yang memilih untuk berhenti meminatinya gara-gara aksi keterlaluan yang dilakonkan dalam drama itu.

“Saya Akan Perbaiki Diri…,” – Berlakon Babak Ghairah, Amir Ahnaf Akui Khilaf & Mohon Maaf

“Terpulang kepada mereka kerana setiap orang ada hak dan pilihan mereka sendiri.

Ads

“Cuma apa yang mampu saya katakan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.

“Cuma selepas ini saya akan lebih selektif dan tidak akan melakukan adegan yang sensitif dalam mana-mana naskhah,” katanya.

“Saya Akan Perbaiki Diri…,” – Berlakon Babak Ghairah, Amir Ahnaf Akui Khilaf & Mohon Maaf

Ads

Terdahulu, tular potongan babak Amir, yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawah meja pejabat Amir.

Amir seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

Potongan babak tersebut tular selepas dimuat naik oleh netizen dalam TikTok sehingga menerima kecaman hebat.

Rata-rata netizen berpendapat babak tersebut mempunyai unsur lucah atau ‘soft porn’ yang tidak sesuai ditonton golongan remaja dan kanak-kanak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI