Penyanyi, Nabila Razali akui nyanyiannya ‘terkucil’ apabila membuat persembahan secara langsung dalam sebuah program raya baru-baru ini.
Menyanyikan lagu Peluang Kedua, Nabila atau mesra disapa Bella itu positif seterusnya mahu memperbaiki diri agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.
“Assalamualaikum, first and foremost, I’m sorry for letting you guys down. Saya tidak salahkan siapa-siapa melainkan diri saya sendiri.
“Saya akan perbaiki diri saya pada masa akan datang. Bella pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,” tulisnya menerusi Instagram.
Dalam pada itu, ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat penyanyi berusia berusia 28 tahun terbabit.
“Terima kasih kepada mereka yang DM, Whatsapp dan telefon untuk menenangkan Bella dan sentiasa menunjukkan rasa cinta (you know who you are). I really need it right now.
“Bella doakan segala yang baik-baik buat anda semua,” akhirinya.
Terdahulu, video nyanyian Bella tular di media sosial ketika membuat persembahan secara langsung dalam sebuah program raya baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan nyanyian Bella sedikit ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.
Foto : Instagram Nabila Razali, Youtube
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI