Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul.
Yusof menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.
“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.
“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
“Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya, lapor BH Online.
Sebagai orang tua, Yusof menambah dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di sebalik apa yang berlaku.
Bagaimanapun, jika perceraian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu.
Terdahulu, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.
Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.
Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga.
Malah, keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI