“Saya Akan Tetap Mulakan Markah Dengan 2%, Kemudian…,” – Debaran Big Stage 2022, Ini Ulas Ajai

Share

Komposer dan penulis lagu, Ajai mendedahkan dirinya sudah bersedia seandainya dia sekali lagi menjadi perhatian warganet menerusi kritikan-kritikan pedasnya sewaktu menggalas tanggungjawab selaku juri tetap bagi program realiti, Big Stage 2022.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, dia sebenarnya sudah lali dengan kecaman para netizen memandangkan dia pun sudah lama bergiat aktif sebagai juri dikebanyakkan pertandingan-pertandiangan nyanyian sebelum ini.

Malah, dia juga turut menyifatkan tindakan para netizen ini sebagai penyeri bagi industri hiburan tempatan.

“Saya memang dah ready dah atau bahasa mudahnya dah lali dah kena kecam dengan netizen ni. Kalau saya menjurikan AJL ke atau mana-mana program nyanyian pun, esoknya saya tetap kena maki juga.

“Netizen ini adalah target market. Ini norma zaman sekarang. Sebenarnya trend seperti ini, dulu pun dah ada cuma media sosial belum ada lagi. Sejujurnya kita memang perlukan reaksi-reaksi daripada netizen ini untuk memeriahkan industri.

“Kita tiada hak untuk menghalang netizen-netizen ini untuk berhenti menyurakan pendapat mereka. Belum ada undang-undang lagi untuk perkara itu.

“Kita sebagai juri pun sebenarnya nak educate para penonton juga. Kalau ketika educate pun masih lagi dihentam, itu dikira tak bertamadun,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan Exists itu berkata sedemikian dalam satu temubualnya bersama MH, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ajai turut mendedahkan dia sedikit pun tidak berasa menyesal dengan kontroversi yang melanda dirinya pada Big Stage 2020 selepas dia dikecam hebat gara-gara memberikan markah sebanyak 2% kepada salah seorang pesertanya iaitu Dr. Hafiz Zainal.

“Saya tak menyesal pun fasal insiden markah 2% tu. Kehadiran saya di sana adalah untuk educate para peserta. Saya berikan pandangan saya.

“Pengalaman saya selama ini bukan saya bekerja sorang, saya dah pernah kerja dengan ramai orang. Saya akan share apa sahaja input.

“Saya akan tetap mulakan markah dengan 2%. Kemudian barulah akan meningkat. Dia boleh pergi ke 50% hingga 60%. 100% tu mungkin miracle. Daripada menaik pun boleh turun juga,” kongsinya lagi.

Ketika ada pihak yang beranggapan seseorang penyanyi itu tidak perlu untuk menjadi versatil dalam nyanyiannya, ini reaksi yang diberikan oleh Ajai;

“Sudah semestinya versatiliti itu penting. Jangan hidup dengan satu konsep sahaja. Bila masuk sahaja pertandingan nyanyian, kita perlukan daya ketahanan endurance. Sama ada irama Malaysia, Reggae, Hip Hop atau Pop Rock, mereka perlu versatil.

“Mereka perlu tough kerana kami tidak pilih kasih. Semua peserta akan dicabar sama rata.

“Kami akan nantikan konsert minggu pertama ini. Kalau ada kesilapan kami harap di minggu seteruskan akan ada penambahbaikkan,” ujarnya lagi

Terdahulu, Ajai bakal akan bergandingan bersama penyanyi handalan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap.

Big Stage 2022 yang dihoskan oleh Sheery Al-Hadad dan Alif Sattar akan mula bersiaran pada 6 Februari ini jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf