Pelakon Hafidz Roshdi mengakui dia tidak rasa isu dirinya yang sering ‘payung’ badan sasa menerusi media sosial keterlaluan hingga mengundang persepsi negatif pengguna media sosial.

Ini kerana, Hafidz menjelaskan dia masih tahu batas dan tetap menutup aurat pada bahagian pusat andai berkongsi foto menampakkan susuk tubuhnya itu.

“Sebenarnya, sebelum jadi pelakon lagi saya memang sudah aktif bersenam di gim untuk dapatkan bentuk tubuh ideal.

“Malah saya pun suka ambil gambar selepas bersenam pun. Cuma bila sudah aktif berlakon, ada ketikanya rutin di gim tak dapat dilakukan secara teratur.

“Sebab itulah bila ada tempoh senggang yang panjang, saya kembali lakukan hobi sama. Kalau yang kenal saya, tahulah minat saya, jangan salah faham,” katanya kepada MH.

Ads

“Saya Akan Tutup Bahagian Pusat,” – Isu ‘Payung’ Foto Tubuh Sado, Hafidz Roshdi Kata Isteri Pun Okay Saja…

Ditanya mengenai padangannya terhadap kritikan sesetengah netzien yang menganggap ia dilakukan bekas finalis Hero Remaja itu sebagai suatu cara untuk kembali ‘promosi diri’, Hafidz ada jawapan sendiri.

“Setiap persepsi yang mereka beri, saya tak boleh nak halang. Kalau yang mengenali diri saya, saya memang sempoi sahaja. Malah, isteri pun tahu saya memang macam tu sejak dulu.

Ads

“Malah kalau ada yang pernah ikuti saya menerusi Instagram lama (yang telah digodam), memang saya akan tutup bahagian pusat. Kalau terpaksa pun, saya akan tutup dengan mengenakan tali pinggang khusus ketika workout.

“Isteri tidak kata apa, dia okay saja. Bukan nak beri jawapan yang selamat, tapi itulah hakikatnya. Bukan sengaja nak tarik perhatian pun,” jelas Hafidz yang sibuk di lokasi drama 20 episod, Manuskrip Cinta di samping Siti Saleha untuk siaran TV Ok.

Terdahulu, Hafidz ditemui media pada majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, pada Sabtu.

Ads

Majlis terbabit turut dihadiri pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang dan rakan-rakan artis lain seperti Aedy Ashraf, Hefny Sahad dan Farhan Asri.

“Saya Akan Tutup Bahagian Pusat,” – Isu ‘Payung’ Foto Tubuh Sado, Hafidz Roshdi Kata Isteri Pun Okay Saja…

“Saya Akan Tutup Bahagian Pusat,” – Isu ‘Payung’ Foto Tubuh Sado, Hafidz Roshdi Kata Isteri Pun Okay Saja…

“Kalau nak diikutkan, saya memang perokok sebelum mendirikan rumah tangga, bagaimanapun saya beralih kepada produk alternatif berhenti merokok pula,” akhirinya.

Untuk informasi lanjut mengenai produk berkenaan, layari www.ncig.com.my.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI