Bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau lebih sinonom dengan panggilan Ernisha mengakui video sensasi melibatkan dirinya dan beberapa individu lain merupakan detik sukar dalam hidupnya.

Apatah lagi, ia memberikan ruang buat netizen untuk memberi komen pelbagai, yang sekaligus turut memberi impak terhadap dirinya.

Bagaimanapun, isu yang terjadi bukanlah menjadi alasan buat gadis manis ini untuk berhijab.

Malah katanya kepada MH, dia sebenarnya masih lagi baru mengenakan tudung dah ia bukan hadir dari desakan mana-mana pihak.

“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.

IKLAN

“Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan apa yang terbaik untuk diri saya.

“Doakan saya terus kekal begini dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan. Saya harap diberikan ruang dan terus diberikan hidayah untuk terus mengenakan tudung,” katanya jujur.

Pada masa sama, Ernisha turut menyesal atas perbuatannya dan mengakui ada melakukan kesilapan kerana bergaul dengan individu tidak sepatutnya.

IKLAN

Ditanya mengenai apakah perancangannya selepas ini, Ernisha mengakui ada menaruh minat untuk menceburi bidang seni.

Cumanya, dia perlu bersedia misalnya dengan mengikuti kelas lakonan.

“Saya perlukan masa untuk bertenang seketika. Mahu ambil ruang buat diri sendiri dahulu. Memang ada perancangan untuk terjun dalam bidang seni. Cuma kalau boleh, saya tak mahu masuk dalam industri tanpa ilmu.

IKLAN

“Ada rancang untuk ambil kelas lakonan terlebih dahulu. Tapi pada masa sama, saya juga berminat dalam dunia pengacaraan atau pun nyanyian. Doakan yang terbaik untuk saya,” pinta Ernisha.

Terdahulu, Ernisha dan salah seorang bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Fazreen Fazera ada membuat permohonan maaf terbuka baru-baru ini berhubung video mereka ketika di dalam sebuah kelab malam yang tersebar, baru-baru ini.

Atas kesalahan melanggar kontrak sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja terpaksa ditarik balik.

Foto: Instagram Ernisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI