Pelakon, Nelydia Senrose mengakui dia dan suami tidak tertekan meski belum dikurniakan cahaya mata walau sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Nelydia, dia akur dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan menganggap sekarang mungkin bukan waktu yang terbaik buat mereka untuk memiliki ahli keluarga baru.

“Sekarang ini saya sibuk dengan shooting, tapi kalau boleh ada rezeki tu saya nak sangat ada cahaya mata.

“Mungkin sekarang Allah kata belum masa yang sesuai untuk saya dikurniakan cahaya mata.

“Saya akur dan reda cuma saya minta kalian doakanlah yang baik-baik.

“Rezeki, ajal dan maut semua Dia yang tentukan tapi saya tidaklah terlalu tertekan. Kami baik-baik sahaja memandangkan baru berkahwin tahun lalu, Insya-Allah soon,” doa Nelydia.

“Saya Akur Dan Reda, Cuma…,” – Belum Ada Rezeki Cahaya Mata, Ini Respon Nelydia Senrose

IKLAN

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Uqasha ini juga turut akui dia tidak melihat perkara tersebut dari sudut negatif.

Sebaliknya, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang perihatin mengenai sisi kehidupannya di samping suami tercinta.

“Saya tidaklah pressure sebab saya rasa orang semua faham dan saya sendiri okay sahaja bila ada yang bertanya.

“Itu perkara biasa dan saya tak anggap pun ia satu benda yang negatif. Orang tanya sebab orang nak tahu, terima kasih,” jelasnya lagi kepada MH.

IKLAN

Nelydia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran flagship store jenama flip flop terkemuka Brazil, Havaianas di Pavillion,Kuala Lumpur pada Selasa.

“Saya Akur Dan Reda, Cuma…,” – Belum Ada Rezeki Cahaya Mata, Ini Respon Nelydia Senrose

Bintang drama Lelakimu Yang Dulu itu merupakan duta rasmi bagi jenama selipar berkenaan bersama Fatin Afeefa.

IKLAN

Dalam pada itu, Nely menambah, dia tidak akan terburu-buru untuk membuat mengumuman seandainya disahkan hamil satu hari nanti.

“Kalau kata saya mengandung, kalau boleh tidak mahulah umumkan terlalu awal. Mungkin tunggu sehingga kandungan itu kuat, barulah berita gembira tersebut akan dikongsikan.

“Sebab bagi saya, kesihatan dan keselamatan bayi yang dikandung itu penting,” katanya.

Terdahulu, Nelydia mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 April 2019 bersama ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Sementara itu, Havaianas Flagship Store kini sudah mula dibuka di aras 5, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI