Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza percaya selebriti dan usahawan popular, Neelofa akan melalui segala proses kehamilan dan melahirkan cahaya mata pertamanya dengan baik.

Menurut Siti, Neelofa sememangnya dilihat sudah bersedia daripada aspek fizikal mahupun spiritual.

“Kita pun boleh nampak memang Neelofa dah buat persiapan yang rapi untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama. Saya rasa dia pun dah faham bagaimana nak berhadapan dengan situasi kehamilan ini.

“Sebagai orang Islam, kita memang harus bersedia daripada segi dalaman atau spiritual sejak awal. Saya lihat Neelofa pun dah bersedia daripada aspek itu,” katanya kepada MH.

“Saya Amalkan Mandi & Minum Air Selusuh,” – Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, ‘Sweet’ Pesan Tok Ti Buat Neelofa

Penyanyi lagu, Anta Permana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program, Big Stage 2022 yang berlangsung di Nexus, Bangsar pada Rabu.

Ketika ditanya mengani tips-tips sewaktu melahirkan cahaya mata pertama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan setiap wanita itu akan tetap mengalami pengalamannya sendiri.

“Saya Amalkan Mandi & Minum Air Selusuh,” – Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, ‘Sweet’ Pesan Tok Ti Buat Neelofa

Ads

Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti turut menambah, sewaktu melahirkan dua orang cahaya sebelum ini, dia juga banyak mendengar nasihat dan mengamal petua-petua daripada orang-orang terdahulu.

“Bila bercakap soal bersalin ini pula, masing-masing akan lalui pengalaman mereka sendiri. Macam saya dulu, saya lalui proses pembedahan sebab baby IVF.

“InsyaAllah, walau macam mana pun kaedah yang akan dilalui Neelofa nanti, kita berdoa agar segala akan dipermudahkan.

“Tipsnya mudah, zikir je banyak-banyak. Memang itu yang sebetulnya. Dalam agama pun dah diajar begitu. Kalau saya dulu, saya memang ikut petua orang-orang lama.

“Saya amalkan minum dan mandi air selusuh. Ia adat untuk memudahkan proses melahirkan. Saya percaya orang-orang tua ni mesti akan sarankan kita untuk mengikut adat walaupun hidup kita sekarang dan moden,” kongsinya lagi.

Ads

“Saya Amalkan Mandi & Minum Air Selusuh,” – Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, ‘Sweet’ Pesan Tok Ti Buat Neelofa

Dalam pada itu, Siti turut memberitahu, dia juga sempat berbicara bersama Neelofa untuk berkongsi beberapa perkara kelahiran cahaya mata pertama.

“Sejujurnya saya sempat berkongsi beberapa perkara bersama Neelofa. Saya nasihatkan dia untuk berpantang sebaiknya. Alhamdulillah, saya pasti dia akan dijaga dengan baik semasa berpantang.

“Emosi juga kena jaga. Sebab ibu-ibu ketika berpantang ini kena jaga emosi. Anak juga harus dijaga dengan baik. Sokongan suami juga amat diperlukan.

Ads

“Alhamdulillah, Haris pun saya lihat banyak bagi semangat kepada Neelofa. Saya tahu dia akan dapat lalui segalanya dengan mudah. All the best Neelofa,” akhirinya.

“Saya Amalkan Mandi & Minum Air Selusuh,” – Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, ‘Sweet’ Pesan Tok Ti Buat Neelofa

Neelofa kini difaham sedang menghitung hari untuk menantikan detik kelahirkan cahaya mata pertama.

Sementara itu, Siti bakal kembali selaku juri tetap program Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai setelah memutuskan untuk berehat pada edisi yang lalu.

“Saya Amalkan Mandi & Minum Air Selusuh,” – Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, ‘Sweet’ Pesan Tok Ti Buat Neelofa “Saya Amalkan Mandi & Minum Air Selusuh,” – Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, ‘Sweet’ Pesan Tok Ti Buat Neelofa

Big Stage 2022 yang dihoskan oleh Sheery Al-Hadad dan Alif Sattar akan mula bersiaran pada 6 Februari ini jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI