Pelakon jelita Natasha Hudson berkongsi khasiat tanah liat yang mampu memberikan manfaat buat penjagaan kulit yang mungkin ramai tak tahu.
Menurut Natasha, dia senang mengambil manfaat daripada sumber alami, misalnya tanah liat yang mudah ditemui.
@natashahudsonofficial Terus terang memang saya gemar pakai mask tiap hari & tau tak clay mask adalah tanah liat? Kita pun adela kat Malaysia ni. Saya memang gemar explore benda alami & herba. Cuba lah tau! This is the real natural ingrediant yg berfungsi. Allah dah tetapkan for us. #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #socialexperiment #claymask #masker #maskermuka #facialmask #natural #beauty #kecantikan #alami #sungailoh ♬ original sound – Natasha Hudson
“Saya kan suka perkara-perkara yang alami ni. Jadi, tanah liat merupakan antara barang berguna yang kita boleh temui di sungai. Tanah liat ini memang sangat baik untuk kulit,” katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok.
Katanya lagi, tanah liat ini juga mampu membersihkan dan melembutkan kulit wajah.
Di dalam hantaran sama, pelakon filem Chermin ini juga turut menunjukkan cara-cara untuk mengaplikasikan tanah liat tersebut pada bahagian kulit.
“Ia juga akan membuang segala kekotoran. Inilah clay mask yang original. Saya ambil tanah liat ini dan ketuk sehingga halus. Tanah liat ini juga akan lembutkan kulit kita. Rasanya sangat best.
“Lepas kita pakai, wajah kita akan nampak bersih sangat dan ia juga melindungi kulit daripada sinaran matahari. Kalau kita masuk hutan pula, ulat-ulat pun tak berani hinggap di kulit kita,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menghargai usaha Natasha untuk menghargai sumber-sumber alam.
“Kecil-kecil dulu selalu lumur lumpur dekat badan. Cari batu-batu macam ni, terus buat mask muka.
“Selalu guna yang batu-batu merah. Sangat best. Lepas cuci, rasa segar sangat.
“Segala ciptaan Allah memang sempurna. SubhanAllah.
“Makin hari, makin best konten-konten Natasha ni.
“Dah pakai clay mask, lepas tu mandi sungai dekat belakang tu. Memang menyegarkan,” antara komen-komen netizen.
Perkongsian tersebut menerima lebih separuh juta tontonan menerusi aplikasi berkenaan.
@natashahudsonofficial Part 2- Jom kenali tanah liat yg mudah di dapati di sungai cetek dan bersih. Kalau dah jumpa jgn lupa cuba dan bawak balik umah okay? Kulit serious lembut dan clear. @Ciksu Lawa #fyp #fypmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #socialexperiment #clay #natural #hutan #herba #mask ♬ original sound – Natasha Hudson
Sekadar informasi, Natasha kini menetap di Pulau Langkawi selepas mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhammad Harits Jasmin pada 28 Mac 2022.
Natasha kini turut aktif dengan kerja-kerja kebajikan berkaitan alam sekitar serta banyak mempromosikan perkara-perkara menarik yang terdapat di lokasi percutian popular itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini