Selepas terpalit dengan kontroversi melibatkan hubungan cintanya bersama bekas kekasih yang dikatakan berakhir disebabkan orang ketiga, pelakon, Syazuwan Hassan mendedahkan dirinya kini lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadinya.
Menurut Syazuwan, dia sebenarnya sudah lama mempraktikkan cara tersebut sejak mula-mula bergelar anak seni.
“Bila dah terpalit dengan isu-isu sebegini, saya lebih memilih untuk tidak berkongsi hal-hal peribadi melibatkan diri saya kepada umum. Malah, perkara seperti ini memang sudah lama saya praktikkan.
“Biarlah saya sendiri yang tahu daripada berkongsi kepada orang ramai. Saya masih lagi mengekalkan pendirian yang sama,” katanya kepada MH.
Syazuwan berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis tayangan perdana filem, The Disappearance Of Irdina Adjwa yang berlangsung di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Ads
Ketika bekas kekasihnya dikatakan lebih terbuka mengenai masalah perhubungan yang dialami oleh mereka dahulu, Syazuwan memberitahu, setiap orang mempunyai hak mereka yang tersendiri.
“Bagi saya, tak mengapalah sekiranya pihak di sana mahu berbuat sedemikian. Mungkin ini merupakan perkara biasa.
“Lagipun, kita tak boleh nak kawal atau halang apa yang orang lain nak perkatakan. Itu semua merupakan pilihan peribadi,” kongsinya lagi.
Ads
Langsung ditanya adakah kontroversi ini sedikit sebanyak menjejeaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon, bintang berusia 31 tahun ini percaya setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya.
“Dari segi kerjaya, alhamdulilah, segalanya berjalan seperti biasa. Tapi saya ada juga menerima banyak ‘direct message’ daripada orang-orang yang tak tahu kisah sebenar.
“Mereka hanya menilai daripada apa yang mereka baca tanpa mengambil kira cerita kedua-dua belah pihak. Tapi saya anggap itu lumrah sebagai anak seni. Saya tiada masalah pun dengan perkara sedemikian.
Ads
“Nak kata kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan kerja saya dari segi tawaran kerja, Alhamdulillah setakat ini tiada. Sebaliknya masa isu itu terjadi, makin ramai yang hubungi saya untuk tawaran kerja, akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Syazuwan mengakui dirinya berasa amat teruja selepas diberikan kepercayaan untuk membawakan watak antagonis di dalam filem pertamanya itu.
Selain Syazuwan, The Disappearance Of Irdina Adjwa turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya, Alicia Amin, Nelissa Nizam, Josiah Hogan dan ramai lagi.
Filem ini bakal ditayangkan di saluran Astro Ria First bermula 24 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seolah-olah satu tradisi, setiap kelahiran anak selebriti popular pasti akan ditawan secara ekslusif oleh stesen televisyen tertentu. Namun lain pula dengan pelakon jelita, Anzalna Nasir. Tidak mahu terlalu merancang sementelah kandungannya baru berusia tujuh bulan.
“Hak Ekslusif? Baby pun belum keluar lagi. Kalau boleh tak nak terlalu banyak merancang. Biarlah baby keluar dengan selamat, dah ada di depan mata, barulah boleh fikirkan yang lain.
“Buat masa sekarang, saya tak mahu merancang lebih, biarlah Allah yang merancang,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, dia tidak menolak dakwaan bakal memewahkan anak yang bakal lahir.
“Setiap orang lain pendapat, anak saya pun masih dalam perut. Tak terfikir lagi semua itu. Tapi why not, saya nak spend sekalipun apa salahnya. Ini anak pertama saya. Saya beritahu suami, saya akan beri apa sahaja untuk anak,” kata Duta Eksklusif NR ini jujur.
Masih berteka-teki jantina anak yang bakal lahir, kata pelakon Dendam Aurora ini, dia suka memberi kejutan buat semua.
“Walaupun ramai yang kerap bertanya status jantina, saya tidak rimas. Sebaliknya seronok sebab mereka akan berteka-teki.
“Happy bila tengok reaksi masing-masing. Cuma bila buat persiapan agak susah sebab keluarga asyik menyibuk. Nak beli baju baby pun susah sebab mereka akan dapat agak jantina menerusi baju yang dipilih.”
Berkongsi kisah lucu, katanya, sewaktu hamil, dia suka mencantikkan diri, cuma menjadi masalah apabila seringkali tersalah memilih saiz baju.
“Sekarang ini saya sangat suka berhias dan cantikkan diri, pakai bulu mata palsu, contact lens. Kalau dulu saya suka pakai yang ringkas. Bila prengnant ni, baby minta lebih-lebih.
“Bila mengandung, saya lebih suka shopping online sebab tak larat nak berjalan. Jadi asyik tersalah size.
“Bahagian atas memang saiz S, tapi saya terlupa bahagian bawah dah mula membuncit,” katanya yang mahu berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu selepas melahirkan anak.
Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab mengakui kini dia lebih gemar untuk mengenakan rambut palsu bagi menjaga kesihatan rambut aslinya.
Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 31, berkata pemakaian rambut palsu juga lebih mudah baginya kerana tidak perlu mengambil masa lama untuk bersiap.
“Kalau tak berdandan (rambut) dengan betul, ia akan tak menjadi. Sebab rambut saya aslinya memang keriting. Cuma kalau nak hadiri majlis yang besar-besar barulah saya berdandan rapi.
“Tapi saya tidak nafikan ramai juga yang mengenakan rambut palsu bila keluar. Sama ada kita perasan atau sebaliknya,” katanya kepada MH.
Nadiyah yang kini fokus mengusahakan jenama Absolut bersama suaminya yang juga pelakon, Ben Ali berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Absolut Music Festival 2022 di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadiyah juga tidak menafikan rambut akan terdedah kepada kerosakan sekiranya kerap didandan atau digayakan.
“Rambut saya dah banyak kali hampir rosak sebab terlalu banyak terdedah kepada bahan kimia bila bersiap atau perlu digayakan banyak kali ketika jalani penggambaran.
“Jadi bagi saya cukup-cukuplah. Kini rambut saya bertambah sihat dari dalam,” katanya lagi.
Sementara itu, Absolut Events & Management Sdn. Bhd. dengan kerjasama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma pada 4 hingga 6 November depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Acara berkenaan julung-julung kali diadakan yang menggabungkan muzik dan makanan dalam satu bumbung kepada para pengunjung yang hadir.
Antara nama-nama besar yang bakal terlibat di dalam konsert percuma itu termasuk Akim & The Majistret, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats; Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih lagi berkisar soal obses kepada anak sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi entri terbaru membuat luahan khas berkisar artikel yang berlegar di alam maya.
Berkongsi foto terbaru Siti Aafiyah, gurau penyanyi nombor satu Malaysia ini, dia obesiti. Muat naik ini mendapat lebih 170,000 tanda suka dengan lebih 3000 komen netizen yang nyata terhibur dengan kenyataan penyanyi ini.
“Saya geram ni!! sapa cakap ibu saya obses tu? Ibu saya ObesSITI lah!!!” tulisnya.
Jelas netizen, tidak ada salahnya obses dengan anak yang dikandung selama sembilan bulan di dalam rahim.
Sitisebelum ini dikritik teruk netizen gara-gara sering memuat naik gelagat anak dalam Instagram. Namun isteri kepada Datuk Seri Khalid ini menegaskan dia bebas berkongsi apa sahaja mengenai Aafiyah malah telah menanti selama 11 tahun untuk bergelar ibu.
Foto : Instagram Tok Ti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.