Kata keramat ‘gemuk’ sering bermain di bibir pelakon Shah Iskandar sewaktu bertemu di Majlis Pelancaran dan Tayangan Teaser Filem Amukan Kuntilanak, pada Rabu.

Guraunya, sebelum ditegur mengenai penampilan, adalah lebih baik dia mengakui perubahan fizikal terlebih dulu.

Jelas Shah, pada mulanya dia diminta menambah berat badan untuk memegang watak Jamil Sulong menerusi filem Showtime 1958, namun selepas tamat penggambaran, sukar pula untuk turunkan berat.

Lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan, beberapa bulan lalu.

Berat badan saya mula naik sewaktu penggambaran filem Showtime 1958 dan saya harus besarkan badan untuk memegang watak Jamil Sulong.

Ads

Penggambaran pula tamat sejurus waktu perayaan dan aktiviti saya hanya makan. Jadi ini akibatnya, berat saya naik 20 kilogram dan saya pula tidak bersenam di gim.

“Dan selepas berkahwin, berat makin naik dan susah untuk turun,” katanya yang kini mempunyai berat 92 kilogram.

Menceritakan pengalaman lucu sewaktu beraksi untuk babak dalam Ombak Rindu pula, kata pelakon dari Singapura ini, dia terpaksa menahan nafas bagi mengelakkan perut tampak buncit.

Ads

“Saya digandingkan dengan Remy Ishak yang memang berbadan sasa, jadi setiap kali berlakon, saya harus menahan nafas agar perut tidak kelihatan.

“Pengarah, Osman Ali juga seringkali mengingatkan agar saya menjaga perut sewaktu berlakon.

Ads

“Pada mulanya ia kedengaran lucu, namun apabila setiap kali ditegur, saya tahu sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan berat badan,” katanya lagi.

Dilihat mula aktif ‘tayang badan’ di Instagram, Shah menambah meski ada berkongsi foto ‘nakal’ seperti yang diperkatakan, namun dia masih tahu batas aurat.

Bila saya kongsi gambar berkenaan, ada sahaja kata-kata kurang enak daripada netizen. Ada yang kata saya gendut. Tapi sebenarnya isteri yang ambilkan gambar dan post di Instagram saya.

“Sebenarnya buih itu pun di atas bahagian bahu, bukannya sehingga menampakkan pusat atau ke bawah. Tapi apabila makin banyak komen ‘nakal’, saya sengaja kongsikan gambar tidak berbaju untuk tujuan bergurau. Lagipun saya masih tahu batas aurat,” katanya mengakui laman sosial penting bagi seseorang selebriti dalam kekal relevan dalam industri.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI